Archive for September, 2007

Kisah Adik Nurin

Friday, September 21st, 2007

Semua rakyat malaysia, sedang
bersedih diatas pemergian adik nurin jazlin ke rahmatullah. Kisahnya yang heboh
di suratkhabar, televisyen dan radio sepanjang sebulan lepas, telah membawa
penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang telah dibunuh dengan kejam, dimana
mayat itu adalah adik nurin. Walaupun pada mulanya, ayahnya tidak dapat
menerima hakikat bahawa mayat itu adalah anaknya walaupun ujian DNA telah
mengesahkannya.  Akhirnya, pada 21
September 2007, jenazah nurin telah dituntut oleh keluarganya dan disemadikan
dengan aman. Semoga rohnya diberkati dan ditempatkan di kalangan orang-orang
yang beriman. Kepada pembunuh yang kejam, ingatlah setiap perbuatanmu akan
dibalas setimpal dengan kesalahannya. AL-FATIHAH

Kejadian yang
telah terjadi pada adik nurin ini, telah membuatkan aku ingin berkongsi
pengalaman hidupku dengan rakan-rakan yang semua. Walaupun peristiwa yang
berlaku pada aku, tidak sama dengan adik nurin, tetapi ianya bersangkut paut..Keluarga
aku pernah mengalami peristiwa kehilangan ini. Adik aku pernah dilarikan
seseorang ketika umurnya 4 tahun. Kejadian itu berlaku ketika Maghrib, dimana
adik aku berada diluar rumah tanpa disedari oleh ahli keluarga yang lain. Tetiba,
abahku bertanya dimana adik ku, baru semua orang perasan yang dia tiada di
rumah. Apa lagi, masing-masing dah panic lalu mencari disekitar kawasan
perumahan aku, tp tak jumpa-jumpa. Akhirnya, jiran sebelah umah aku pulang dengan membawa adik aku. Dia
terjumpa adik aku sewaktu dia pulang dari kerja, katanya ada seorang lelaki
india menaiki motor telah mengambilnya. Disebabkan jiranku kenal akan adikku,
lantas dia menahan motor tersebut, lalu bertanya padanya. Anak siapa yang awak
bawa ni. Orang india itu menjawap, kata anak jiran yang sesat. (Oleh kerana
adik aku ni, kulitnya gelap, jadi orang tu menyangka yang dia adalah anak orang
india). Jiran aku menafikannya, dia kata budak tu anak orang melayu, lalu terus
amik adik aku dari motor tersebut. Terus bawa pulang. Memang nasib adik aku
sangat baik kerana telah dijumpai, walaupun hilang tidak sampai 24 jam. Katakanlah,
sekiranya jiran aku tidak perasan akan budak itu adalah adik aku, apa yang akan
jadi padanya. Hanya Allah sahaja yang tahu, bagaimana perasaan ibu dan bapa ku
ketika itu. Kejadian itu, telah menjadi pengajaran pada seluruh keluargaku.
Jadi ape yang berlaku pada yin dan nurin adalah berpunca dari sikap ibu bapa yang lalai
dengan membiarkan anak-anak ini buat apa sahaja, tanpa memerhatikan mereka. Ramai
orang jahat diluar, kita kena berhati-hati. Baru hilang beberapa jam, sudah terasa
menyesal dan sedih yang amat sangat, bayangkan yang berhari-hari,
berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya. Fikir-fikirkanlah.

Satu lagi
cerita yang aku nak kongsi bersama ialah proses pengecaman ini. Aku tidak
menafikan bahawa bapa nurin, tidak mengaku yang itu jasad anaknya pada mula
kerana sebab-sebab tertentu. Walaupun ujian DNA telah mengesahkan bahawa itu
adalah nurin, keluarganya tetap menafikannya. Pada aku, mereka berkelakuan
seperti ini kerana sememangnya mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa orang
yang disayangi telah pergi buat selama-lamanya, tetapi setelah mendapat nasihat
dari pihak bertanggungjawab. Akhirnya mereka akur dengan kehendak Ilahi. Mengapa
aku berkata sedemikian, kerana ianya telah berlaku pada keluargaku kerana kami
mengharapkan bapaku masih hidup didalam kemalangan yang menimpanya, tetapi terpaksa
akur kerana kehilangannya berakhir dengan penemuan jasad yang mempunyai ciri-ciri
yang ada pada abahku. Jasad itu telah disahkan adalah bapaku berdasarkan gigi
palsu dan report pergigiannya. Kami sekeluarga redha dengan hakikat ini,
walaupun pada mulanya menanggapkan abahku masih hidup dan mungkin berada
dimana-mana. Tapi dah hampir 15 tahun pemergiannya, kami percaya jasad yang
dikebumikan itu, sememangnya bapaku. Oleh yang demikian, dengan adanya kemajuan
sains dan teknologi dalam bidang forensik ini, sebarang keputusan yang
dikeluarkan adalah tepat. Melainkan sebab-sebab yang tertentu. Hanya dengan
ketentuan dari Allah sahaja, yang dapat mengubah segalanya.