riang ria di kota keriangan

hari tu kami pergi genting, yang
pergi aku, midah, alia, ally, faiz, shafa, timie and izat..8 orang
kesemuanya..byk kejadian-kejadian yang berlaku di sana..mmg enjoy giler ar..coz
ari tersebut tak ramai orang yang datang genting, so berpeluang le nak main
bape banyak kali pun..

seperti yang dijanjikan, kul 7.00
pg dah kena bertolak ke kl sentral..tp tdpt msalah teknikal skit (cuba tye
midah kalau nak tahu..hehehe), dimana kul 7.45 pg baru bertolak ke kl sentral,
sbb takut terlambat, so kami pun naik le keta park kat sana..

sesudah ye sampai, kami pun pergi
le bersarapan dahulu..aku masuk lambat skit, coz pi toilet sat..masa kat
toilet, leh lak aku ye jari tertusuk pin, siap berdarah lagi tu..mungkin ini nak
elakkan perkara yang tidak diingini kat genting kot, gumam aku sendirian.
kemudian aku pun terus ar masuk kat food court, dalam duk sibuk melilau mencari
bebudak ni ye tpt, tetiba aku terpandang midah yang sedang berjalan membawa
makanan, dengan tak semena-mena, air yang dibawa itu telah tumpah. tp si midah
ni, boleh je biarkan air tu tumpah dan diri dia cam kaku cam patung masa tu,
siap akak kat situ tolong midah.timie pun sokong kata aku, bila kami kata midah
cam patung je waktu tu. (ni mesti shimie suka la, aksi-aksi macam ni). pas dah
siap bersarapan, kami pun pergi lah tmpt bus yang nak bawa kami ke genting tu..

masa dalam bus, kami duduk di barisan belakang. tetiba aku berkata pada ally,
cuba ko tgk bus ni macam dah di susun atur je kedudukannya, depan cina, tengah
india and belakang sekali melayu.dah jadi macam cina india melayu punya bus
a.k.a cimb.(kata-kata ni bukan hendak memprovokasi,ini hanya kata-kata yang
hanya kata-kata belaka). mula-mula tu, bus tu senyap je sunyi, tetiba dah lalu
berhampiran dengan batu caves yang laluan ke ulu yam tu, teringat le kisah suka
duka masa camping pada zaman dahulu kala. ape lagi, bus tu bertambah havoc,
dengan gelak ketawa kami semua.siap brother sebelah alia tu pun nak tido pun
tak dapat.emm memang byk stori yang kami borakkan, dari a to Z.mengenangkan
zaman-zaman kegemilangan masa jadi ahli jawatan kuasa.

dalam pukul bape tak sure, kami
telah sampai ke bangunan yang ade sky way tu.so dengan ati yang girang gumbira
tu, pi la kami berkumpul di tpt nak naik sky way. tp si faiz ni yang datang
awal ni, telah pun pergi membeli jam kat sana, dah telah lambat skit datang ke
sky way tu, then midah selaku cikgu rombongan pun mula la berasap dan berapi
coz anak murid ye sorang tak muncul-muncul lagi, siap bercekak pinggang
menunggu faiz kat depan escalator. midah kata if faiz tak tiba dalam kiraan
dia, faiz kena denda. (betul ke midah kata camni..lupa lak..hehehe)

masa nak naik sky way, kami dah
divide-divide sape yang nak duduk depan n belakang, coz gondola tu leh naik
lapan orang (nasib baik cukup-cukup). aku duk kat belakang, coz nak elakkan
gayat. depan tu lagi le gayat ye. so far masa pergi tu ok je, siap
posing-posing tangkap picture. tetiba kami teringat kisah nuri yang jatuh
terhempas area-area situ gak, menyebabkan kami insaf lalu terus membaca doa
naik kenderaan.(terlupa..jangan mara ek kepada pembaca)

setelah sampai, kami pun mencari
le jalan kuar ke genting outdoor park.jalan kat situ mmg boleh buat orang sesat
n pening. masa tu dah rase la sejuk-sejuk ye genting, masing-masing mula le
pakai jaket untuk membuatkan diri berasa berada di oversea. cuma izat n faiz je
tak bawa sweater, kebal sungguh budak berdua ni.

bile dah jumpa kaunter nak
tagging tangan tu, terus le beratur. maklum le excited sgt.siap ade orang tu
bagi tiket untuk 7 orang je, cuak gak ally aku tgk, coz dia orang terakhir tak
dapat tag, ye la mane tau takde tak pasal-pasal kena beli baru.hehehe.so first
game yang kami pergi n naik ialah spinner atau buaian gergasi.tak salah aku leh
naik 40 orang  dalam satu masa.sbb tak ramai sgt, tak sampai 5 minit je
kami dah dapat tempat. so aku pun memulakan aktiviti ku, merakamkan video naik
spinner ni. mmg best gak ar, nak-nak dapat rakam ally tengah cuak naik dengan
sore-sore orang yang menjerit cuak (padahal tak cuak pun..hahaha) tp mmg pening
gak kepala aku, rakam tu.apepun kalau tak ade rakaman, tak best lak nak tunjuk
pada yang tak pergi la kan.hahaha.gelak jahat lagi.pas turun tu, aku buat le
rakaman tentang perasaan mereka naik mende tu. yang pasti ye mmg pening, coz
jalan pun macam orang mabuk sekejap..

pas je naik spinner, naik le cyclone, roller coaster malaysia katanya. kat situ
yang boleh naik hanya 4 orang sahaja dalam satu-satu masa. road ye tak leh
panjang sangat, tp boleh la buat orang cuak secuaknya. aku walaupun dah naik
byk kali, still terasa cuak lagi. bile dah sampai giliran, hati aku mmg dah tak
tertentu arah, mau je turun, tp bile aku pikir budak pun leh naik.aku tabahkan
hati.masa mula-mula naik tu orait lagi, pergh bile dah turun tu, mau ye aku tak
menjerit-jerit. Ya Allah, cuak ye rasa cam nak mati je rasanya. masa tu aku mmg
pejam mata je sepanjang keta tu bergerak. walaupun seksa ye tak sampai 5 minit
pun, tapi  kecut ye perut bagaikan ape.mmg terbukti yang kami yang naik ni
cuak, ape tak ye, aku siap tgk gambar sorang-sorang..mak eih cam alien pun
ade.nak-nak muka aku.ntah macam pape.disebabkan picture memalukan, so aku pun
tak nak beli, dan korang pun tak dapat tengok.hahaha

pas je naik cylone, masing-masing mencari tandas..(kepada shimie, diorang pergi
tandas tu bukan atas tulahan ko ye, masing-masing kesejukan). then, kami cari
port untuk makan. aku terlupa yang aku bawa roti, abis penyek roti tu dibuatye.
member-member lain pi beli makanan yang disediakan kat area-area situ.
antaranya megi rm 4, mee hoon goreng rm 4. hotdog rm 5..mmg cekik darah beli
kat sana.menurut mmber-member yang makan megi, diaorang kata "emm sedap
lah megi kat genting ni, tak sama ngn megi yang kita beli kat kedai la. yang ni
lagi best" (mereka terpaksa berkata begitu kerana megi yang dibelinya sgt
mahal..hehehe) so waktu makan tu, sempat le aku membuat rakaman lagi sekali, tp
kali ni ucapan khas yang ingin ditujukan pada mereka yang tak pergi, terutama
sekali ayoi, shimie n abang la.

kami meneruskan journey kami ke umah dinosor, mula-mula nak naik roller coaster
tu dah tutup. solero lak ramai orang.so buatle pilihan ke umah dinosor. kat
situ, mmg byk kami bergambar sakan. macam-macam aksi yang ade, kalau nak tgk
buka fresnter aku, macam-macam ade.tp paling best aksi di atas jambatan
gantung, walaupun ramai yang naik, tp jambatan tu still steady, tak macam kat
ulu yam.

monorail lak destinasi yang
seterusnya, emm kat sini mmg telah makan masa kami. ape tak ye, dah le lembap
giler, then kami terpisah ngan grup ally. depa naik second trip. yang syok ye,
dalam monorail tu boleh lihat seluruh kawasan genting theme park tu, tp yang
tak best ye lambat n siap stuck (tu monorail ally n the gang, aku ye orait
je..hahaha).sementara menunggu diorang sampai, kami pun bergosip tak
hingat..hehehe

before nak pergi umah salji, kami
nak naik kapal pirate, ala-ala tikar terbang kalau kat sunway. mula-mula sampai
tu, aku tgk takde le cuak pun.tp ade le seberapa orang yang muka cuak plus yang
nangis. eh teruk sangat ke game ni. so bile sampai giliran, kami pilih seat
berdepan. coz nak buat rakaman lagi le. dimulakan dengan nyanyian lagu pohon
beringin. mula-mula tu orait lagi le, tetiba makin tinggi, emm masa tu menjerit
le tak hingat. aku tgk muka ally dah cuak giler. alia n faiz mmg steady giler.
siap kutuk-kutuk midah yang ketakutan tu. mmg nampak dengan jelas yang ally n
midah mmg takut bebenor naik menatang tu, bukti ye ade dalam you tube aku kat
frenster, nt tengok la ye.

alkisah kat umah salji, tiket
masuk kul 3.30. tp masa kami datang tu pukul 2.30, so masih awal lagi la. pergi
le cari port nak makan (mmg persatuan budak suka makan..hehehe). faiz belanja
tau semua orang kat burger king. bile siap dah order kami pun start ar
melantak, tp masa tu dah dekat 3.30 dah, em ape lagi, semua pun makan dengan
laju ye coz nak keja masa. trimas faiz coz sudi belanja kami makan. faiz mmg
budak yang baik (ikhlas ni tau)

kul 3.30 dah sampai kat umah
salji, mmg kelam kabut memasing. coz nak kena cari baju sejuk, sarung tangan n
macam-macam lagi la. bile memasing siap je, masuk le dalam tu. umang aih, sejuk
giloss ar.siap kejang jari jemari aku. mula-mula nak main baling salji, tp sbb
takut ade ketulan ais yang besar kat situ, aku pun melarang depa main macam tu
(tak nak peristiwa aku kena baling salji berulang lagi, siap calar balar muka
aku) so bebudak ni ade yang pergi main ape ntah namaye, tp yang pasti ye duduk
atas tayar, then mengelunsur (masa mula-mula umah salji tu dibuka, aku dapat je
naik mende tu, tp la ni siap ikut berat lak, cis tak guna betul). walaupun tak
dapat naik situ, tp kat umah tu ade gelungsur, main situ pun orait gak..hahaha.
so bile dah penat berdiri, aku pun pi le duduk kat satu tempat ni..kat situ
takde le ais, tp kan dalam semena-mena punggung aku terasa sangat le kebas ye,
mmg tak selesa giler. sampai keluar pun aku rasa kebas, rasa cam semut gigit
pun ade. (moral value: jangan duduk sebarangan). ade stori aku nak kongsi lagi,
masa dalam tu, ade le sorang orang arab ni, dia siap2 tendang ais kat muka orang
yang tgk umah salji dari luar. mau je aku sepak orang tu, kurang ajar seh cara
dia. tp sbb dia orang luar then besar, aku tak jadi (ceh tak berani
sebenarye..hehehe)..sempat la jugak kami bergambar dalam tu untuk dijadikan
kenang kenangan..

masa nak amik gambar yang dah
siap dicuci tu, faiz siap usha kakak situ untuk dapatkan softcopy, tp tak dapat
gak. depa kata untuk tujuan secure , sbb tu tak leh kasi sesape pun. tp dulu
aku dapat je, coz mmber aku keje situ.hahaha.tp abang tu dah berhenti dah keje.masa
nak kuar dari umah salji tu, midah siap buat arca tangan ye, so dalam 40 minit
baru siap. so kami pun amik le masa pergi bersiar-siar n main game ape yang ade
lagi kat sana.

keta klasik, best naik keta ni..
disebabkan tak ramai orang, kami pun naik pair. aku n izat naik sekali. mula2
tu aku nak pandu, tp sbb aku rase tak leh nak tekan tpt minyak, coz kaki sakit,
aku pun tuka ngn izat. msa tu dapat rasa yang aku ni pegawai Jpj, then izat nak
amik test. keta aku byk kali dilanggar keta alia, coz pedal minyak aku tak
makan..pas naik keta klasik, kami pun berposing lagi sekali di kawasan yang
ala-ala london tu. macam-macam aksi le ade, siap buat pose kat pondok tepon,
gaya ala-ala pelancong mencari tempat n tak kurang ye buat aksi bertukar.
semua-semua ni ade kat fresnter aku gak..

diorang nak masuk umah antu, aku tak nak coz umah antu tu tak seram
pun..(padahal masa naik dulu, aku tutup mata je sepanjang dalam umah
tu..hahaha). aku n ijat pi le naik gajah, sbb ijat malas, aku naik sorang. mmg
best naik gajah ni. siap leh tentukan kedudukan n ketinggian ye. kat situ je
aku naik 2 kali sbb best. tp ade mende yang klako terjadi, upanye ade
dikalangan bebudak ni tak tau nak naik mende tu, patut le gajah diorang tak
naik tinggi, tak tekan button depan tu upanye, cam kata ally, "aku ingat
ni hong ke. tp bile tekan tak bunyi"..tp mmg kelako ar, siap beri isyarat
tangan suh timie tekan button tu..

dah abis main game yang nak main, kami pun bekejar-kejar nak ke sky way, nak
balik coz bus kul 730 malam.masa beratur nk dekat sampai tu, ade le kakak jaga
kaunter ni, mulut mmg kurang ajar ar. masa midah kasi tiket kami tu, kakak tu
siap kata, "korang ni menyusahkan keje aku je,bagi tiket macam ni"
aku yang dengar mende tu, ape lagi aku sound ar. "dah tu mmg keje
ko". tp nasib baik takde pape berlaku, coz aku terus je larik masa sound
tu (maleh ar cari pasal, kang malu lak diorang..hehehe)

masa nak turun ni, sekali lagi kejadian cuak berlaku, ape tak ye, masa turun
tu, keadaan kat luar mmg tak nampak ape pun. penuh ngn asap kabus je. lagi le
cuak bile gondola tu terhuyung hayang depan n ke belakang. masih-masih membebel
ketakutan, nak-nak midah yang sememangye cuak giler. sekali lagi, kami membaca
doa naik kenderaan. (tak kira ape kenderaan yang kita naiki, kita mesti membaca
doa naik kenderaan)

sesudah sampai ye, kami pun
bergegas nak ke stesen bus, tp sebelum tu siap membeli ole-ole untuk dibawa
balik. aku tak membeli ape pun, tp lebih kepada merasa makanan disitu, coz
freee. so tepat 730, bus sampai, berebut-rebut orang nak naik. yang aku hangin
ye, nape nak berebut padahal masing-masing dah ade tiket, tu mesti kes yang
tertinggal bus, coz syok sangat lepak kat atas. sbb tu bus kami, so dapat le
naik. dalam bus tu, masing-masing lebih kepada buat aktiviti masing-masing
iaitu tidur. cuma alia n midah je tak tido, coz aku dengar j sore depa. kami
sampai kat kl sentral dekat kul 9.00 gak le, coz dalam perjalanan tu, ade bus
rosak so jem teruk.

Alhamdulillah, semua orang telah
berjaya pergi dan balik dari genting. mmg best trip ni, sbb dapat
berjimba-jimba n release tension aku. so pas ni leh atur lagi program best-best
ye.dengar citer next program, merdeka di putrajaya..arap ramai lagi dapat
sertai ye..

p/s: asal aku taip je mesti
bermuka-muka surat. tp kalau wat assigment nak dapat satu page pun
berjam-jam..hope korang tak jenuh membaca ulasan aku ni..nt komen-komen la ye..

Leave a Reply