wiraBlog - Ceritera di Hari Keluarga Wira di Port Dickson

Diaries Wira (14 Julai 2007 dan 15 Julai 2007)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi kami peluang untuk mengadakan Hari Keluarga Wira di Port Dickson tanpa berlakunya perkara yang tidak di ingini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan wira yang telah menghadiri program ini. Sebenarnya program ini adalah cadangan bendahari persatuan kita iaitu saudari hafiza hanapi. Seramai 21 orang yang telah menyertai program ini antaranya aku, ash, zatil, awin, aida, azni, ilyana, fiza hanapi, afiza, rizal, ajib, ahmad asraf n wife, rosnizah, nadiah, saiful, fairus, fazrol, rushaidin, akasha (kawan fairus) n rosy (mmber nora). Sepatutnya Nurul hafizah pergi program ini, tp tak dapat join coz dia kena kerja masa tu.Terima kasih nak diucapkan pada sabeer coz sponsor sarapan.(pasni leh sponsor lagi). Sebanyak 6 buah keta yang berkonvoi ke PD.

Kes datang lewat!!!

Seperti yang dijanjikan, semua orang mesti berada di Restoran Ali Corner seawal pukul 730 pagi. Grup dari batu tiga yang telah diketuai oleh rizal, telah sampai awal. Tahniah kat korang coz on time. Kemudian, rakan-rakan lain pula menyusul. Dalam ramai-ramai ni, adalah sorang ni yang datang sangat-sangat la lambat dan menyebabkan hari yang mendung telah berubah menjadi panas. Masing-masing resah menanti, tetapi dak ni tak juga muncul-muncul. Tepon toksah kata la, adalah dalam 10 kali. Alasan yang diberi lagi 10 minit, aku kat Hicom. Mula-mula tu ok lah, tp sebab tak tiba gak dalam masa 10 minit tu, masing-masing pun bertambah tak senang duduk. Mulut lak asyik membebel, mana fairus ni mana fairus ni.(Ops terbagi tau nama da) Lebih kurang 100 kali kot diorang duk berkumat kamit, still tak datang-datang juga. Menurut rakan kita yang bernama Y bukan nama sebenar "Nak je tinggalkan, then terus je jumpa kat seremban". Mana tak hangin rakan-rakan yang lain, dah dekat pukul 10 pg still tak datang-datang juga, janji kul 730 pagi, aleh-aleh kena bertolak lambat. Pastu sebab dah lambat sangat, kami pun decide la nak pergi dulu, jumpa kat hentian seremban.

Inilah alkisah yang berlaku pada hari pertama kejadian, fairus telah datang lewat. tp dia dah bagitau aku yang dia keje lebih masa hari jumaat tu maybe akan lewat pagi tu. dia ada gak minta aku kejutkan n tak tau la pulak yang dia ni duk serdang, aku ingat duk seksyen 20 je.lagipun dia dah minta maaf coz datang lewat.dan semua orang dapat menerimanya, citer kat atas ni hanyalah kronologi yang berlaku masa ari tu. hope fairus tak amik ati ngn penulisan aku ni ye.kalau mara cepat tue..hehehe..peristiwa di atas ni telah mengingatkan aku pada citer genting, yang datang lambat masa tu si fazrol n acid.mmg kena bambu kaw-kaw ngn kawan-kawan coz lambat, nasib baik tak tertinggal bus, kalau tak kita lauk sama dia..hahaha..

Konvoi tp terlajak

Dalam tengah konvoi ni (masih di shah alam lagi ni). Keta yang dipandu afiza n ahmad ashraf telah pun tersesat, coz tak perasan keta rakan-rakan yang lain telah berhenti di stesyen minyak Shell. mengelabah juga la masa tu, maklumlah tak bape mahir sangat bab jalan-jalan ni kan. nasib baik la tak terlajak jauh pun, kalau tak bertambah-tambah la lambat.hehehe.

On the Highway to PD

citer lak masa dalam perjalanan ni, semua keta jalan dalam satu barisan(macam ada majlis perarakan la pulak). yang menjadi lead kepada konvoi ni adalah mr president si ash. nak kata dia bawa laju, katanya 80km/j je. tp tu pun ade keta yang tertinggal kat belakang. paling best ye, si rosnizah. ke mana keta myvi putih berada, disitu juga kancil hitam berada. (macam ada scandal je kedua-dua keta ni..hahaha). Ni kes lain lak, Afiza tak perasan yang kita patutnye kena belok ke kanan nak ke seremban, terus je dia memecut nak potong lori, sempat juga la aku menjerit suh ke kanan, nasib baik la sempat break n tuka laluan, kalau tak keta yang afiza bawa tu akan pergi balik ke Kuala Lumpur.nak tau break on the spot camtu pun boleh menyebabkan laci kat bawah keta kelisa tu terkuar. Menurut zatil lak, nasib baik dia tak tercampak ke depan coz ashraf break emergency kat traffic light.mmg cuak gak lak, coz keta ros yang berhampiran pun hampir-hampir nak langgar myvi ash. menjerit gak orang-orang dalam keta tu coz cuak. kalau keta-keta yang lain lak, aku tak sure, everything is fine kot..hehehe. Apepun, Alhamdulillah, coz sepanjang perjalanan itu tidak ade perkara yang tidak diingini berlaku.

Check in hotel

lebih kurang pukul 12 tengahari sampai kat lobby glory beach resort. so acap la yang kena check in kan, coz dia staff uitm dapat price murah skit. then ramai-ramai la duk kumpul kat lobby time tu. aku gtau rakan-rakan lain, if orang hotel nak tunjuk bilik, tak leh naik sekaligus, coz satu penthouse tu paling maksimum pun 5 orang. so buat-buat la macam ada tempah bilik lain. tp nasib kiteorang mmg baik, coz orang hotel malas nak tunjuk, kenala pergi sendiri. dah selamat dah kita time tu. ye lah bayangkan lah, penthouse 5 orang tp naik 21 orang. mane la tau tak boleh ke that why ade langkah-langkah berjaga-jaga..hehehe..sesudah sampai ke penthouse tersebut, alangkah terkejut ye aku melihat bahawa penthouse yang kami amik tu sangat-sangat la kecik. walaupun ade 3 bilik, satu di tingkat atas. time tu aku dah resah, mana tau rakan-rakan lain merungut coz tpt nak tido tak selesa. to satifsy people not easy ma, very difficult to handle.yang laki-laki tu tak kisah sgt, coz diorang leh tido luar. yang gurls lak kena berkongsi satu bilik dengan 8 orang, mmg crowded gile bilik tu. tp disebabkan rakan-rakan lain faham dengan situasi tersebut, so depa tak kisah pun macam mana tpt itu kelihatan, janji dapat tido. next program kita cari bilik yang besar key, so semua orang dapat tido dengan selesa. hehehe. terima kasih geng coz sporting..

al kisah di penthouse di hari pertama

sampai-sampai je bilik, masing-masing terus lepak kat bilik, coz dah kecapekyan (dalam bahasa melayu - kepenatan). so ada la dua tiga orang je yang stay kat ruang tamu. tetiba fairus call aku, tye nape tak nak lepak kat bawah. acctually bukan tak nak lepak, cuma masing-masing nak merehatkan diri n membersihkan diri. coz kalau ikut jadual start kul 230 (pergi makan-makan) then kul 4 (sukaneka), sbb tu ramai yang terus masuk bilik jap. bukan ada sebab lain pun.hehehe.tetapi ada gak berlaku perselisihan faham masa tu antara rakan-rakan. tp semua tu dapat disettlekan dengan cara yang baik. biasalah, kalau dah penat, mmg mood lari skit kan. lagipun tu pertama kali berkumpul ramai-ramai, so perasaan janggal tu mesti ada. tipulah kalau takde. so dalam kul 230, semua orang bersiap nak pergi makan. cuma fazrol je yang tinggal, katanya nak jaga rumah sambil melayan man laksa. (bagus ye budak ni, anak sape la ni..hahaha)

makan-makan time

nak pergi tpt makan punye la jauh. susah tul la nak cari restoran kat PD ni, maklum la tak bape familiar.sesudah sampai ke destinasi ye, kami pun turun la nak cari kedai.pergh! macam tak caya lak yang kedai-kedai kat sana ramai orang, siap takde satu tempat kosong pun. ade satu kedai yang kami singgah nak makan, n tak penah dalam hidup aku yang pergi kedai, tp tuan kedai angkat banner kata kedai dah tutup. padahal ramai je orang kat sana. emm maybe dia tak nak layan kami yang ramai-ramai ni atau makanan dah abis. masa tu perut mmg lapar giloss ar. so pantang nampak kedai kosong je, terus je masuk sana. ape lagi, terus la masing-masing memberi order yang pelbagai. antaranya nasi ayam, nasi goreng, mee goreng (tetiba lapar lak bile sebut makanan ni). tahu-tahu je la, kalau dah ramai kan, mesti dapat lambat. so depa ni pi la beli rambutan untuk mengalas perut. mmg manis giler ar rambutan tu, tp yang tak tahan tu byk semut.terus potong stim aku nak makan banyak..hahaha..kira-kira dalam kul 315, baru la dapat makan. time tu masing-masing memberi tumpuan sepenuhnya pada makanan yang dihidangkan. tp ada yang dapat lambat, coz order yang pelik-pelik..hehehe…tp best gak la makan situ, walaupun sedikit je nasi ayam yang aku dapat..hahaha

war game, ulat bulu, baling n pijak belon

sukaneka dimulakan pada kul 5 petang. so aku n mmber aku rosy turun awal untuk setup kan tpt.acara pertama ialah pembahagian kumpulan dengan cara undian. ada 4 grup semua iaitu grup ketam, sotong, jellyfish n paus. setiap grup ade 5 orang. ketua kumpulan ketam ialah fazrol. ahli-ahlinya terdiri daripada awin, azni, ilyana n sepol. jellyfish lak, ketuanya rizal, diikuti ngn aida, ajib, afiza n rushaidin. kumpulan paling havoc ialah kumpulan sotong (maklum la sotong kan, byk tgn) diketuai oleh ash, then zatil, akasha, fizah napi n rosnizah.. grup paus lak diketuai oleh fairus, acap n wife, rosy n nadiah. setiap grup mempunyai keunikkan ye tersendiri, cuma meka malu je nak interfrem kan trade mark diorang..hehehe.. semua orang berpuas hati ngn kumpulan diorang. then game pertama ialah ulat bulu. permainan ini memerlukan dadu untuk bergerak.sekiranya dapat 2+, kumpulan tu kena bergerak 2 kali ke hadapan. nak bergerak mesti dalam kumpulan dan yang penting kena ikut cara ulat bulu berjalan. mmg happening giler time tu, nak-nak kumpulan yang kena patah balik kat tmpt asal, coz baling dadu dapat muka masam. ape lagi, kutuk mengutuk antara satu sama lain pun bermula, maklumlah nak menang katakan. masa tu, area kitaorang yang paling orang tgk, coz riuh rendah ye mengalahkan 100 orang yang bermain. padahal cuma 20 orang je. time tu gak telah mengingatkan aku pada zaman sekolah, klas wira mmg dah dicop kan kelas paling bising, tp sbb selalu menang acara kebersihan sekolah.so cikgu-cikgu pun anggap yang bebudak wira ni baik-baik belaka. padahal ade taring kat belakang..hahaha..berbalik pada game tu, penat gak mulut aku nak menjerit-jerit. smpi sakit tekak dibuatnya. apepun masa tu mmg best giler n korang pun sporting abis. then, game kedua kita main baling-baling belon or dikenali sebagai semakin jauh semakin sayang. semua orang sedia maklum ngn permainan ni, coz mmg best giler ar. so setiap orang diberi satu belon, kemudian dikehendaki baling belon kepada kawan, sape pecah kena keluar. mmg byk aksi menarik yang dapat dilihat. Aksi yang paling menarik sekali, time zatil nak amik belon, mmg dapat capture belon pecah kat muka zatil, tak caya leh refer picture kat fresnter. macam-macam skil boleh dilihat masa tu, cuma yang ruginya tak dapat capture video.kalau tak lagilah havoc..pas tu, game ke 3 lak, main pecah kan belon orang, nak tahu lebih lanjut, leh tgk kat you tube (dalam fresnter pun ade). masa tu dapat la lihat, aida pijak belon ros, walaupun time tu, belon aida dah pecah. ash byk main save, belon fazrol mula mengecil. tak lupa gak aksi rushaidin yang sgt-sgt lincah masa tu. tp mmg tak nafikan, permainan tu mmg penat giler. tp seronok.hehehe. game tu telah dimenangi oleh mr fazrol de crab. (mesti bangga bile aku tulis nama dia..hahah). pas main game tu, kami rehat jap, minum-minum air, nasib baik zatil dah siap bancuh air. dapatlah lepaskan kepenatan. acara terakhir ialah war game, sebenarnya nak buat dam orang. tp sebabkan garisan yang kami buat tu, telah pun di tenggelamkan oleh air pasang. so buat keputusan main war game. 2 grup telah digabungkan untuk berlawan, grup jellyfish ngn paus, then sotong ngn ketam. dalam game ini, setiap kumpulan dikehendaki memilih diamond (orang yang paling penting dalam grup, if orang tu kena baling belon, grup tu akan kalah). so grup gabungan jellyn paus, pilih ajib sebagai diamond.manakala sotong n ketam pilih awin as diamond. diornag di beri 2 minit untuk fikirkan strategi berperang. (tp lama gak sebenarnya)..bila dua pasukan dah bersedia, war game pun telah bermula. semua pasukan mmg bermain dgn berhati-hati..n for the first time aku conduct war game ni, ade grup yang kalah. isteri acap telah membaling belon pada awin, yang sekaligus buat grup diorang kalah. mmg basah lencun awin dibuatnya. (tp nasib baik pakai belon, kalau pakai plastik pastu campur cat kaler, abis baju, ni menurut pengalaman aku la..coz aku penah kena..hahaha). war game tu last game di sana, walaupun tak banyak, tp mmg meriah ar. tp aku ingat ada orang nak sabotaj aku, konon nak baling belon tp tak pecah..aku tau sape orang tu, tp saje buat-buat tak tahu..hahaha

citer di kolam renang.

pas main sukaneka tu, grup perempuan ada yang naik atas nak siapkan makanan untuk BBQ. kami pergi pool, nak mandi la konon2, coz malas nak mandi pantai. mmg ramai giler orang dalam pool tu. tp sbb dah gian, mandi tetap mandi. cuma aku n azni je yang turun mandi. lain-lain dak laki-laki. tgh syok-syok mandi, datang la pak guard pool tegur dak laki, tak leh pakai tshirt. so diorang akur la. ni ada citer ekluksif, masa dak laki kena tegur pasal baju tu, ash, sepol n rizal naik atas. coz diorang malas nak buka baju bile mandi. then si rizal ni, nak turun. so ada la sesuatu yang ash ckp, membuatkan rizal nak turun. so masa tu, rizal tak buka baju masa kat atas, dia buka dalam air. tp aku rasa la dia tak perasan yang azni ada kat sebelah masa tu. ngn slumber je dia buka. em ape lagi, tersipu-sipu malu la azni kat sebelah tu ternampak semua-semua. masa tu aku pun ada, tp sbb aku tak pakai spek mata, so tak nmpk ngn jelas..hehehe.

bbq

tpt kul 8 malam, kami dah mula cari tapak nak buat BBQ,so aku n fazrol turun dulu. tp mmg takde tpt kosong pun masa tu. so kami pilih ar tpt paling ujung sekali. tp tempat tu besar, cuma menjadi tempat orang lalu lalang. makanan masa BBQ tu mmg byk, antaranya mee hoon tomyam. steamboat, ayam bakar, keledek bakar, marsmallow bakar n macam-macam lagi la. makan mmg tak ingat la, kebetulan perut pun mmg kosong. aktiviti malam tu hanya makan-makan, borak-borak n usik mengusik n tangkap gambar, mmg banyak aksi candid malam tu. lebih kurang kul 12 kot, kami berkemas, coz masing-masing dah mengantuk. lupa nak bgtau, masa tu grup yang menang diumumkan, dan yang menang ialah grup ketam,,adiah ye, diorang dapat makan breakfast percuma untuk 5 orang. .

tido

perihal tido ni, ada citer yang menarik ye. dari pihak gurls lak. cian awin n azni coz tido depan toilet. coz dah takde space lain. tp yang lain-lain aku rase nyenyak je tido..hehehe..termasuk aku..diorang kata macam-macam aksi tido aku, ada yang kata tido ala-ala menuju puncak. kura-kura n macam-macam lagi.nasib baik aku tak tido ala-ala superman, abis satu tpt aku bolot..hehehe..tp mmg aku dapat tido lena, walaupun tido dalm bilik yang sempit camtu.pas ni kita cari umah yang besar, n biar semua orang dapat tido ngn selesa. citer dari dak laki lak. menurut fazrol, dia tak dapat tido lena malam tu, katanya macam tido kat bengkel keta katanya, sebelah bunyi turbo la (bising orang berdengkur) so dia pun pindah la ke ruang tamu..adeh sama gak situasi ye. aleh-aleh dia tak tido sgt. (tu katanya, aku tak caya pun..hahaha) tu yang menyebabkan orang bangun kul 8, dia bangun kul 11. (tido lebih masa.)

closing ceremony,

last day event tu, pagi-pagi dah ada orang pi main tenis. jalan-jalan kat pantai, dan tak kurang ye yang tido cam aku..hahaha. pas semua dah siap-siap packing. satu majlis penutup telah diadakan. ucapan penutup telah disampaikan oleh ash selaku mr presiden. penyampaian cenderahati turut diadakan. yang peliknya, bile diberi key chain berbentuk kaki pada bebudak ni. ketawa sakan dibuatnya. aku pun kureng faham..hehehe..so kami pun meminta semua orang ntuk memberi pendapat masing-masing pasal program ini, kesimpulannya semua enjoy.InsyaAllah, satu post mortem akan dibuat bagi, papehal nt kami inform pada semua ye..

sekian sahaja coretan ini. 2 hari berturut-turut aku mengarang ayat. hope korang semua tak terasa ati ngn penulisan aku ni. aku cuma nak pahatkan semua memory kita dalam blog ini, sekiranya terlupa, boleh buat references..hehehe

Leave a Reply