20 Jun 2007- Genap 15 tahun Pemergian Abah ku ke Rahmatullah

20 jun 1992, merupakan detik-detik hitam yang telah berlaku pada keluarga. Abahku yang dikasihi telah pun menemui Ilahi pada tarikh tersebut. Letupan kapal yang telah mengegarkan penduduk Pelabuhan Klang telah mengorbankan 13 nyawa, di mana abahku adalah salah sorang dari mereka. Berita ini telah heboh di saentero Malaysia dan aku pun tidak menyangka bahawa aku telah menjadi anak yatim di seawal usiaku 9 tahun.

Seawal pukul 7 pagi, rumahku telah didatangi oleh saudara mara.  Mereka terus datang memelukku sambil menangis teresak-esak. Aku terpinga-pinga, mengapa diorang ni. Kemudian aku didatangi pakcikku yang memberitahu bahawa abahku telah tiada lagi di dunia, sudah meninggal dunia. Aku terkejut, baru semalam abahku dah berjanji nak belikan aku hadiah sbb dapat no 5. Tetiba diorang kata abahku dah takde, aku tak percaya, sungguh tak percaya. Lalu pergi mendapatkan makku, aku melihat mak menangis. Hah, mmg benar bapaku telah tiada. Selepas mendapat tahu, aku terus lari keluar sambil membawa selimut yang diberi oleh abahku, aku menyorok dalam longkang dan menangis sekuat-kuatnya. Masa tu, aku malu nak menangis didepan semua orang.

Kemalangan yang menimpa abahku, memang telah menjadi tajuk utama dalam semua berita dan tidak semena-mena keluargaku telah menjadi popular.Pihak penyelamat telah berusaha untuk mencari mayat abahku, tapi tidak dijumpai. Sehinggalah pada 24 jun 1992, mereka telah menemuinya dalam keadaan yang tidak sempurna malahan merupakan mayat terakhir dijumpai.

Arwah bapaku telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Klang, bersebelahan kubur arwah ibu dan ayahnya. Walaupun sudah genap 15 tahun permergiannya, hati ini masih tetap merinduinya. Kadang kala aku menangis setiap kali teringatkannya. Membesar tanpa seorang abah memang sangat sukar untuk dilalui, memandangkan masa itu aku masih kecil. Adik aku yang bongsu, tidak sempat untuk mendapatkan kasih sayang seorang abah, kerana usianya ketika itu baru setahun lebih. Dengan ketiadaan abah, makku telah mengambil peranan sebagai ibu dan bapa. Walaupun kenangan bersama abahku tidak lama, tetapi aku masih ingat semua lagi kenangan bersamanya. Marilah sama-sama bersedekah surah Al-Fatihah kepada arwah abahku.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

3 Responses to “20 Jun 2007- Genap 15 tahun Pemergian Abah ku ke Rahmatullah”

  1. eizam Says:

    sungguh mengharukan and memilukan. sabar itu pasti ada kesudahan yg baik. redhala dgn pemergiannya mencari pencipta yg Agung.

  2. nasrul Says:

    amin

  3. Aleya Says:

    Amin..

Leave a Reply