Hari ahad 17 jun 2007
iaitu bersamaan hari bapa, aku dan ahli keluarga abg la yang terdiri daripada
helmi (abg la), ayoi, midah, ijat, alia (mak su nya) n madu ku ally telah
berpiknik kat Teluk Kemang, Port Dickson. Madu ku syena tak pat join coz ade
keje. Plan nak pergi
piknik telah di cadangkan masa ana kawin tempohari. Buat kecik-kecik je.
Lagipun dah gian nak lepak-lepak, bersantai dan buat aktiviti bersama-sama,
samping tu dapat la si ayoi dan midah ni sambut hari ayah dengan si abg la.
Seperti yang dijanjikan, kami pergi ngn bkonvoi dua buah keta. midah gerak dari
shah alam, alia lak dari bangi, tp berjumpa kat Hentian Seremban. Jadi, aku nak
citer skit sebanyak peristiwa yang dah berlaku sepanjang piknik.
Ribut di Teluk Kemang
Angin Kencang dan Ombak
Bergelora menyambut kedatangan kami. Waktu
tu air tengah pasang, rasa cam best la nak mandi coz dalam, tp sebab ombak yang
kuat menghempas persisir pantai, menyebabkan kami bercadang nak pasang khemah
dan makan dahulu. (Lapar woo!). Pas semua dah siap, kami pun duduk dalam
bulatan untuk menikmati juadah yang telah di bawah oleh semua orang dari umah.
Banyak sangat makanan yang ada cam mee hoon, ayam masak madu, nugget, sandwich,
hotdog dan lain-lain. (Memang menyelerakan, so pasni leh masak lagi..Hehehe). Sewaktu tengah makan
ni, tetiba angin bertiup dengan kencang. Pergh! Panik giler memasing, ape tak
nye, khemah kami hampir diterbangkan, pastu semua barang makanan dimasuki
pasir. Dengan tindakan pantas kami ni, cepat-cepat la kemas barang nak masukkan
dalam khemah, sementara tu abg la n ayoi pi cari tali untuk ikat khemah tu, coz
takut bocor coz khemah tu takde atap. Sedang dalam usaha menyelamatkan
barang-barang semua, kami tgk keadaan pantai time tu. Ya, Allah..Mmg ombak
berdesas desus hempas pantai, angin kencang takleh nak kata ape la, mmg kuat
giler. Masing-masing terdetik di hati, adakah nak Tsunami? Bukti ape yang aku kata
ni mmg ada, coz midah sempat rakam video. Kami jangka angin tu
sekadar angin lalu sahaja, rupanya tidak. Makin lama makin menakutkan, so kami
ambil keputusan nak cabut khemah tu pastu masuk dalam keta. Dalam proses nak
mencabut khemah tu, kami di serang dengan ribut pasir, abis kena muka.(Sakit
tau!). Nasib baik ada si hero, abg la kami yang dapat mengawal suasana. Semua
orang berkerjasama masukkan barang-barang dalam keta dan bernasib baik takde
sape yang tercedera. Pengunjung pantai yang ade kat situ pun
lari masuk dalam keta. Time dalam keta tu, aku lihat seolah-olah pantai sedang
mengamuk. Tetiba bpikir sejenak, agaknya macam ni la bila tsunami terjadi. Hampir
satu jam gak la, kami terperangkap. Dalam kul 11 pagi, baru la ok skit, walaupun
angin tak kuat tp ombak stil tak menentu. Bila dah lihat cuaca kembali pulih,
kami pun kuarkan semua barang kembali dan get ready nak mandi, tp masa tu air
dah mula nak surut. Dengan adanya berpengalaman pergi camping dan buat aktiviti
lasak, so dapatlah mengharungi peristiwa ini bersama-sama.
Mandi-manda
Selepas
mengharungi ribut tu, kami pun dah tak sabar-sabar lagi nak terjun kat pantai.
Ally sorang je yang tak mandi, coz katanya nak jaga barang. (ke takut nak mandi
ally..hehehe). Waktu nak mandi tu pantai dah mula surut, ada la dalam paras
lutut je tinggi airnya. bayangkan la si abg la yang tinggi tu, mandi dalam
kedalaman air yang macam tu. (iskh..iskh takleh bayangkan, cam orang dewasa
mandi kat kolam kanak-kanak je rupanya). Air time tu mmg keroh giler, habis
badan gatal-gatal. Orang main air, tp aku duk garuk-garuk je. Tp sebab lama dah
tak mandi pantai, gatal pun gatal la, janji rock eh janji boleh mandi. Lebih
kurang setengah jam gak, kami mandi manda. Kemudian naik daratan untuk buat aktiviti
tanam-tanam orang dah juga bina istana pasir.

Gambar
masa selepas ribut kencang. Kami yang dekat tengah-tengah tu.
Main
tanam-tanam orang
Ayoi dan midah yang jadi modelnya. Nak buat untuk helmi susah
lak, panjang sangat. (Orang kecik senang, tak perlu banyak space..hehehe). So bermula ops
mengorek pasir. Time nak kureng tu bukan senang, ape tak nye, korek guna tangan
pastu banyak kaca lak tu, tp masing-masing tangan kuat cam badang, so tak de
sape yang tercedera. Tp nasib baik ade air, sekurang-kurang ye memudahkan keje
- keje mengorek di jalankan. Bila dah siap, suh ayoi masuk kemudian kambus,
just nampak muka dia je. Waktu dah tanam tu, ape lagi fikiran masing-masing ni
sangat-sangat "kreatif", ada saja yang nak di tambahnya kat si ayoi
ni. Then, midah pun nak juga, so ape lagi buat satu lagi lubang khas untuk
midah. Pas dah siap, sesi fotograpi telah dijalankan. Rugi la kalau tak rakam
detik-detik tu. Next trip, korang buat untuk aku n alia lak. Camne?

Ops
Mengorek.."Korek jangan tak korek pasir tu alia"..

Inilah
hasilnya.
Bina
Istana Pasir
Selepas tanam-tanam orang, kami pun buat lah istana pasir. Bajet nak
buat pertandingan, tp tak jadi. Ingat senang ke nak buat, upanya payah gak nak
membinanya, coz asyik-asyik runtuh. Nasib baik diorang ni terror sokmo, so
dapat la atasi masalah keruntuhan pasir. Mula-mula, kami dirikan struktur
bangunan berkembar macam menara petronas tu, siap ada jabatan kat tengah-tengah
tu. Suddenly masing ade ide masing nak memperbesarkan arca tu. Ayoi, helmi,
midah n ijat duk sibuk membuat kolam dan jalan-jalan raya. Alia lak membuat
penempatan khas ala-ala macam kat Vegas. Ally buat pintu gerbang n aku buat
taman mini yang ada bulan sabit ditengah-tengah.(Maklum la warga bulan sabit
katakan). Bile dah siap bangunan tu, tetiba terpikir nak mencantikkan lagi. sp
letaklah batu-batu pantai yang ada. Pastu si abg la n anak-anak ye, sibuk buat
kolam lain. Besar kolam tu boleh memuatkan kami semua. Dalam banyak-banyak
bangunan, aku suka tengok kolam tu, cantik binaannya. Bangunan tu di gelar
Headquaters PBSM pada masa akan datang. Hanya kami orang-orang dewasa yang
tanpa segan silu bermain kat situ. (Masa kecik- kecik, takleh main pasir
katakan) Pastu di sudut yang agak jauh dari kami, ade la sekumpulan kanak-kanak
yang ingin membina kolam yang lebih besar dari kami. (Jeles la tu, tgk bangunan
kami cantik. Ceh, bebudak pun nak lawan kah). Siap ada sekumpulan pengunjung
pantai yang tangkap gambar tu. Bangga ye!!!

1-
Sibuknya mereka tu ye.

2-
iNilah kolamnya, cantik tak?

3-
Bangunan rekaan kami.
Pas dah abis dengan aktiviti kat daratan, dak laki pi sambung
mandi. Yang lain-lain pi makan. Penat seh buat keje tu, mana tak laponya. So
kami yang perempuan ni, lepak-lepak, sembang-sembang sambil citer dulu-dulu,
sambung makan. Sbb malas nak turun kat pantai lagi (jauh sangat airnya.) kami
pun pergi la menyiapkan diri. Mula-mula aku turut serta sekali, aleh-aleh aku
pergi kat pantai sat. Mmg nak panggil si abg la dan ayoi tu balik, coz mandi
tak ingat-ingat. Kiranya aku sempat gak mandi sekejap, mmg best ar. Ombak kuat
n bertalu-talu lak tu, rasa macam pergi spa lak. Dalam kul 5 gak, kami dah siap
berkemas nak balik. Tp sebelum balik tu, nak pergi jumpa anak ally kat Seremban
Parade. Si boboy a.k.a Abang Ref. Lama gak tak jumpa ngn abg ref, sejak dia dah
berkerja. Sambil borak-borak ngn boboy, sempat gak merasa kerusi-kerusi
mengurut kat situ, dapat gak hilangkan rasa penat sepanjang ari. Sempat juga
abg ref belanja kami semua makan aiskrim.Terima kasih Abg ref. (Pasni leh
belanja lagi..hehehe)

Bersama Boboy di Seremban Parade
Kami
bertolak ke Shah Alam dalam kul 7. Kira lewat jugalah, coz ally n ayoi kerja
keesokkan harinya. (Cian kat depa) Dalam keta tu mmg riuh rendah, sbb Abg la
yang bawa. Aku kena jadi co-pilot . Bajet nak tido la kat belakang, tp tak pat.
(sbb sebenar diorang tak kasi aku duk belakang coz nt diorang dapat tpt
sempit..wakaka). Seperti biasa bila abang la n aku duk sebelah, ada je mende
nak berdebat. Masa dalam keta tu, semua mainkan peranan dalam family abang la.
Antaranya:
Dialog
1
Nora:
"Opss berhenti, masuk kanan nak ke
Highway"
(Sambil abang la berhenti mengejut).
Abang
La: "Eh apa la dia ni, suh berhenti tiba-tiba, kalau dah kena langgar
macamana"
Ayoi:
"Mama, Papa janganlah bergaduh. Kami tak nak tinggal umah makcik"
Dialog
2
Ally: "Nora,
sepanjang kita jadi keluarga ni
tak pernah pun kita panggil
Helmi abang
" (Sambil abang la
terbatuk)
Nora:"
Ha’ah, tu la unik ye kita ni ally. Biasanya orang panggil abang, sayang,
baby.Tp kita panggil aku kau.Kira romantik la tu"
Tu je yang aku ingat. Dalam kul 1030 malam baru aku sampai umah.
Ayoi and Ally smpi umah dalam kul 11++. Muka midah time tu mmg dah
mengantuk giler, aku riso gak dia berhenti mana-mana tido. Bukan leh caya
sangat midah ni, cepat mamai.Hehehe.Anyway, kami semua selamat pulang ke umah
masing-masing tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini.
Perasaan
aku bila bersama dengan ahli keluarga Abang la masih utuh seperti dahulu.
Walaupun dah lama kita tak buat aktiviti-aktiviti bersama, tetapi setiap kali
ada j, banyak peristiwa yang kita dapat cipta.Rasanya sungguh singkat
masa bersama. Sepanjang hari di Teluk Kemang, setiap saat dihabiskan sepenuhnya
dengan aktiviti bersama. Walaupun selepas ini, kita semua bakal ada hal
masing-masing, tp kita semua janganlah lupa pun pada sesiapa yang telah menjadi
ahli keluarga ini. Hope pas ni, dapat buat program yang gempak-gempak cam
camping, tengok wayang, makan-makan (aku dah tau tpt dekat makan satay
kajang..hehehe) dan lain-lain.
So pas
ni ape next aktiviti, buat parti buih kat umah alia sambil buat terjun tiruk
kat kolam renang..hehehe