Kisah boling dan Kuku

May 25th, 2008 by schumi-iza

Selepas penat menolong kat umah
orang kawen..aku adik ila n nurul pi la jalan2 ke ole2..konon2 nak release
tensen..as usual, kiteorang pgi la kbox..berkoke le ape lagi..tak banyak lagu pun,
sorang dua lagu je pun rasa dah cukup..hehehe..so pas abis koke, masa panjang
lagi..jadi pergi la men boling sat..

Kebetulan lak tak ramai
orang..jadi terus datang je dah dapat.. just 3 orang je men..coz ila sakit
tangan..then nak dijadikan citer, dah le first datang main, boleh pulak bola
buat hal..tersangkut kat dalam lane..lama gak menunggu..pas tunggu acoi baling,
aku pulak..aku guna bola 11..mmg aku biasa pakai bola jenis ni pun..so masa
balingan pertama tu, terasa sakit jari jemari aku ni..tp bila check takde
pape..kemudian diteruskan balingan kedua…tetiba lak rasa sakit..check jari aku,
upa ye kuku aku patah..kat ibu jari lak tu..bukan lah tercabut, tp bahagian
atas tu yang patah skit..then aku pun apa lagi, men tarik je la.. sib baik skit
je..so aku masih meneruskan permainan sampai la abis..slumber

kan

..hehehe..dan result ye, aku kalah la..hahaha..jadi
balik umah cadang nak potong yang tertinggal tu, sbb buruk plak tgk kuku aku
kalau tak baiki..time duk baiki tu baru aku pasan, yang kuku aku tu terkopek
skit dari kulit..emm apa lagi..berdarah le jadi nye..adeh! camne la aku wat
keje ni, dah le tangan kanan..sms pun tak boleh..kena guna tangan kiri..ahakss

Tp yang peliknya, camne boleh
kena, padahal selama aku main, tak de pape pun..sekadar sakit jari jemari tu
biasa je..hehehe..so apapun dalam setiap permainan mmg ada bahaya ye..walaupun
rasa mende tu kecik je, tp apepun leh jadi..just berhati-hati.. =)

Komen, Mimpi n Buang Masa…hahaha

May 6th, 2008 by schumi-iza

Setiap malam ari selasa, adik aku mesti Tanya aku. “kak
tak pegi training ke malam ni” aku tak rasa ini satu pertanyaan sbb setiap ari
selasa akan ditanya soklan ini..meaning ni perli..Hahaha..so jawapan aku,
“orang jeles mmg akan tye macam tu”So malam ni aku buang masa dengan menjawap
beberapa soklan kat tickle..nak membaca buku yang aku pinjam kat library cam
bosan pulak…so layan le citer sindarela kat tv.. Bila aku tgk citer sinderala
tu, aku perasan adela skit sebanyak perkara yg berlaku dalam kehidupan seharian
kita.

Ada

satu babak, mana zoela gaduh ngn
hussien.tetiba je zoela mengamuk tak tentu pasal. Perkara ni mmg selalu jadi
bile kita suka kat seseorang. Memang terasa jeles sensangat bila orang tu start
citer pasal awek or pompuan di skitar. So mula la kita malas nak tegur nak ckp
kat dia, then boleh nmpk la pemberontakkan kecil sedang berlaku. Pasal si ayu
dengan pakwe baru dia tu pun sama..kes ni pada mmber aku, aku dapat rasakan
yang ayu tu mmber aku..seolah2 jalan citer tu cam copy je..ahaksss..in
different situation but concept ye sama. Cinta lelaki lain, kawin lelaki lain..tp
tu la reality dlm kehidupan kita…semua perkara macam tu boleh terjadi..

Macam zoela mimpi tak besh pasal hussien. Mmg betul,kita
mimpi perkara tidak elok tentang seseorang tu, dan mbuat kita terjaga tetiba.
Sok paginya konpem nak cari orang tu, nak tye ok ke tak. bile xdapat contact,
rasa macam tak sedap hati je. So bile dapat, rasa cam rindu giler je kat orang
tu. Teori aku, maybe kita ada terngumpat ke, or terpandang sesuatu yang
mengingatkan kita pada orang tu, that why termimpi..untuk orang-orang yang suka
bermimpi macam aku ni, perkara tu mmg best..hehehe..kalau dikumpulkan citer2
dalam mimpi, boleh jadi koleksi..ahaksss. Pengalaman aku, setiap mimpi aku.
Akan ku tulis dalam diari..mimpi yang best la biasa nya..ahaksss. tp serius
mimpi tu macam movie or drama, kalau di beri peluang menulis skrip konpem boleh
punye..hahahaAntara mimpi yang pernah alami, then mimpi tu macam citer 9
september. Tak salah aku, mimpi tu aku terjadi tahun 2003 or 2004..aku tahu sbb
aku tulis dalam diari..hahaha..mmber aku siap ckp, ko punye mimpi ni boleh jadi
filem la..hahaha

Kalau nak celoteh lebih pasal ni, mmg menjadi kesukaan
aku..tp sbb sok pagi ada meting then pikirkan bermuka2 aku akan menaip..better
aku stop skang..hahaha Antara sebab aku malas memblog ni, citer ye akan sampai
bermuka2

surat

.
Then konpem akan amik masa yang panjang. So nanti aku tak wat keje
lain..ahaksss. Kucing aku si tomot ni pun dah bosan menunggu aku, mungkin dalam
hatinya ckp, “bile la tuan aku nak tido ni…” aku jawap “jap ye tomot, sikit
lagi..hehehe”

MemoiRs KeyNah

May 5th, 2008 by schumi-iza

1 may ialah hari pekerja iaitu
hari untuk mengenang orang2 yang bekerja. Tetapi pada hari ini juga, merupakan
hari jadi kepada salah seorang ahli tkd kita iaitu keynah yang ke 21. (Sudah
boleh mengundi ni bah) Keynah!, mengundi dengan bijak.

 Dengan perancangan yang cukup
rapi, kami telah pun mengadakan surprise party untuk keynah. (ala macam bang
bang boom tu). So party tu telah dijalankan di kawasan rumah sewa mereka iaitu
di baiduri tetapi bukan dalam umah diorang, tp di kawasan lapang yang banyak
nyamuk..(ojep yang kata) kalau ikutkan, nak buat kat tasik. Tp disebabkan
diorang ni masih ada exam, jadi tak nak kaco. (baik

kan

kami..hahaha)

     Basically plan ini, telah lama dah
dirancang. Sejak dari bulan mac (masa besday twin n pejal). Tp rasa cam sekejap
je

kan

. Ye la
tau2 je dah bulan mei. Seperti biasa plan2 ini diketuai oleh mereka-mereka yang
besday ye lambat lagi sperti 2506, 0707, 2609, 2710. 0411 dan 2911 (nak tau
sape mereka, kena la cari..hahaha) yang 2003 and 2303 terselamat sbb besday
korang dah lepas..(skang ni pakai kod je senang..hahaha)

     Sebelum itu, suatu perbincangan
khas telah dibuat ketika berchatting di YM. Dengan menemubual rakan serumah keynah,
akhirnya kami tahu ape kejutan hendak dilakukan semasa besday nanti. Nak tahu
ape citer, sila la luangkan masa dengan mengikuti kronologi kejadian ini..

     But sebelum itu, pada 30 april
2008. saudara 0707 telah pun kemalangan kecil di seksyen 2. kecederaan tidak serius
sangat (takut ada yang tersaspen pulak), tp kenalah jugak jahit kat kaki tu. Tp
dalam2 sakit tu, sempat lagi terpikir nak bang bang boom besday keynah ni. So
kalau dah terpikir perkara2 nakal tu, that means dia sihat walafiat..hehehe

     Sperti yang dijanjikan pukul 3
berada di baiduri. Tp kami datang awal skit, coz nak deal ngn bielah camne nak
bawa turun si princess. Sib baik masa jumpa tu, dia tgh tido. Jadi tak dapat la
nak hidu kegiatan “murni” ini..hehehe..

     Lama sungguh kiteorang menunggu,
maklumlah nak kejut princess bukan senang, banyak sungguh
protokolnya..ahakss..boleh dikatakan hamper 1 jam lebih kami berpanasan
menunggu, tp surprise punye pasal sanggup tunggu tu. Di samping menunggu
sempatlah diorang ni menangkap beberapa aksi yang terlampau. Boleh tgk kat
bawah ni..

Dsc03019
Dsc03021
Dsc03023
Dsc03018
Dsc03026

Akhirnya setelah lama menunggu,
datang juga princess ini ke tempat yang diminta. So ape lagi, kami letak la
ojep sebagai watak utama dalam citer ni. Kebetulan pulak, ojep baru pas
xcident, jadi dengan senang kami create citer kata kat keynah ojep nak jumpa.
Jadi turun la keynah, lalu bertanya khabar pada si ojep.

     Antara ayat yang didengari..(waktu
ni semua orang duduk di balik rimbunan pokok-pokok yang banyak ngn nyamuk) (nasib
baik muka masing2 tak bengkak..ahaks)

“macamane ni boleh xcident
jep..bla..bla..bla..bla..” tak dengar sangat..hahaha

Nak lebih tahu situasi boleh la
view picture di bawah ini.

 

Pastu konon-konon nak menakutkan
keynah la dengan memberi ular palsu..masa tu, ojep kata nak bagi something pada
keynah, so dia kena tutup mata..(sambil tu ada orang tergelak2 kat belakang,
nak tau sape kena cari picture tersebut). Lalu ojep letak ular di atas tangan
keynah, tp dengan slumber ye tak takut kat ular tu..steady la keynah..so itu
kejutan yang pertama.

Dsc03040
Dsc03041
Dsc03043

Kejutan yang kedua pulak, keynah
diminta tutup mata. Nampak keynah tak nak, tp selepas di pukau oleh ojep.
Akhirnya keynah pun tutup la mata..ahaks Apa lagi, memasing cepat2 mengelilingi
keynah sambil memegang mende yang meletup2 tu. Dengan kiraan 3, “EPpy BeSday
Keynah”  nmapk ye kejutan kali ke dua ni
menjadi, kerana keynah nmpk terperanjat seketika, mungkin tidak menyangka
upanye ramai lagi yang ada..(betul tak keynah..hehehe) seperti biasa, nyanyian
selamat hari jadi pun kedengaran..walaupun agak sumbang..hahaha

     Selepas itu, upacara pemotongan
kek, as usual acara tidak rasmi iaitu upacara sapuan kek sentiasa akan
diadakan, Cuma pada masa itu, siapakah orang yang pertama akan melakukannya.
Untuk fair n square, semua yang datang pun kena. Tiada yang terkecuali. (semua
bukti ada di frenster..tp aku jak tak kena..hahaha)

Dsc03036
Dsc03045
Dsc03058
Dsc03063

Kejutan ketiga, kami semua
menyanyi

kan

lagu kegemaran keynah iaitu “jangan bilang tidak”. video klip ni semua boleh la
layari you tube saya. Nanti saya beri url..hehehe..mmg sangat menyumbangkan..hahaha..tp
sporting..hehehe..then nampak sangat keynah sungguh terharu cam nak nangis..but
control..hehehe..music dibekalkan oleh adeq melalui henpon ya..trimas..semasa
video klip ni berlangsung ada la plan yang terselindung dalam ni. Nak tau ape,
pepandai la cari key.

     Pas je dari menyanyi, kami pun
main konda kondi..best coz teringat zaman aku masa kanak-kanak. Selalu main
mende ni. Kiteorang guna kayu, tp asyik patah je, aleh2 ganti ngn ular. Pergh! Takde
makne ye aku nak nangkap ye..hehehe..so dalam 6++ majlis ini ditamatkan.

     To keynah, tu sahaja kejutan yang
dapat kami beri pada awak. Hope enjoy key. To semua kawan2, korang semua mmg
sporting. Hope kspotingan ini kekal sampai biler2..

Trivia luar biasa

  • Ada

    orang menyembur spray pada
         mata raidah. Siapakah orang itu?

  • Sewaktu bersalam, siapakah orang yang paling
         terperanjat apabila yang dihulurkan itu ular?
  • Siapakah orang dibaling ular mainan, dan apakah
         tindakan yang dilakukan selepas itu? 
  • Siapakah orang yang banyak kali dilumurkan kek?
  • Apakah hadiah yang diterima oleh sakinah, terutama
         sekali hadiah yang berwarna hijau itu?
  • Apakah nama gelaran raidah?
  • Siapakah OKU pada waktu itu?
  • Siapakah yang mengacukan mende yang boleh meletup itu
         ke arah ojep?
  • Siapakah yang tersasul dengan mendendangkan lagu
         jangan bilang tidak?
  • Siapakah orang pertama yang menjadi mangsa kek, dan
         juga orang pertama yang berbuat demikian?

Kisah Adik Nurin

September 21st, 2007 by schumi-iza

Semua rakyat malaysia, sedang
bersedih diatas pemergian adik nurin jazlin ke rahmatullah. Kisahnya yang heboh
di suratkhabar, televisyen dan radio sepanjang sebulan lepas, telah membawa
penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang telah dibunuh dengan kejam, dimana
mayat itu adalah adik nurin. Walaupun pada mulanya, ayahnya tidak dapat
menerima hakikat bahawa mayat itu adalah anaknya walaupun ujian DNA telah
mengesahkannya.  Akhirnya, pada 21
September 2007, jenazah nurin telah dituntut oleh keluarganya dan disemadikan
dengan aman. Semoga rohnya diberkati dan ditempatkan di kalangan orang-orang
yang beriman. Kepada pembunuh yang kejam, ingatlah setiap perbuatanmu akan
dibalas setimpal dengan kesalahannya. AL-FATIHAH

Kejadian yang
telah terjadi pada adik nurin ini, telah membuatkan aku ingin berkongsi
pengalaman hidupku dengan rakan-rakan yang semua. Walaupun peristiwa yang
berlaku pada aku, tidak sama dengan adik nurin, tetapi ianya bersangkut paut..Keluarga
aku pernah mengalami peristiwa kehilangan ini. Adik aku pernah dilarikan
seseorang ketika umurnya 4 tahun. Kejadian itu berlaku ketika Maghrib, dimana
adik aku berada diluar rumah tanpa disedari oleh ahli keluarga yang lain. Tetiba,
abahku bertanya dimana adik ku, baru semua orang perasan yang dia tiada di
rumah. Apa lagi, masing-masing dah panic lalu mencari disekitar kawasan
perumahan aku, tp tak jumpa-jumpa. Akhirnya, jiran sebelah umah aku pulang dengan membawa adik aku. Dia
terjumpa adik aku sewaktu dia pulang dari kerja, katanya ada seorang lelaki
india menaiki motor telah mengambilnya. Disebabkan jiranku kenal akan adikku,
lantas dia menahan motor tersebut, lalu bertanya padanya. Anak siapa yang awak
bawa ni. Orang india itu menjawap, kata anak jiran yang sesat. (Oleh kerana
adik aku ni, kulitnya gelap, jadi orang tu menyangka yang dia adalah anak orang
india). Jiran aku menafikannya, dia kata budak tu anak orang melayu, lalu terus
amik adik aku dari motor tersebut. Terus bawa pulang. Memang nasib adik aku
sangat baik kerana telah dijumpai, walaupun hilang tidak sampai 24 jam. Katakanlah,
sekiranya jiran aku tidak perasan akan budak itu adalah adik aku, apa yang akan
jadi padanya. Hanya Allah sahaja yang tahu, bagaimana perasaan ibu dan bapa ku
ketika itu. Kejadian itu, telah menjadi pengajaran pada seluruh keluargaku.
Jadi ape yang berlaku pada yin dan nurin adalah berpunca dari sikap ibu bapa yang lalai
dengan membiarkan anak-anak ini buat apa sahaja, tanpa memerhatikan mereka. Ramai
orang jahat diluar, kita kena berhati-hati. Baru hilang beberapa jam, sudah terasa
menyesal dan sedih yang amat sangat, bayangkan yang berhari-hari,
berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya. Fikir-fikirkanlah.

Satu lagi
cerita yang aku nak kongsi bersama ialah proses pengecaman ini. Aku tidak
menafikan bahawa bapa nurin, tidak mengaku yang itu jasad anaknya pada mula
kerana sebab-sebab tertentu. Walaupun ujian DNA telah mengesahkan bahawa itu
adalah nurin, keluarganya tetap menafikannya. Pada aku, mereka berkelakuan
seperti ini kerana sememangnya mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa orang
yang disayangi telah pergi buat selama-lamanya, tetapi setelah mendapat nasihat
dari pihak bertanggungjawab. Akhirnya mereka akur dengan kehendak Ilahi. Mengapa
aku berkata sedemikian, kerana ianya telah berlaku pada keluargaku kerana kami
mengharapkan bapaku masih hidup didalam kemalangan yang menimpanya, tetapi terpaksa
akur kerana kehilangannya berakhir dengan penemuan jasad yang mempunyai ciri-ciri
yang ada pada abahku. Jasad itu telah disahkan adalah bapaku berdasarkan gigi
palsu dan report pergigiannya. Kami sekeluarga redha dengan hakikat ini,
walaupun pada mulanya menanggapkan abahku masih hidup dan mungkin berada
dimana-mana. Tapi dah hampir 15 tahun pemergiannya, kami percaya jasad yang
dikebumikan itu, sememangnya bapaku. Oleh yang demikian, dengan adanya kemajuan
sains dan teknologi dalam bidang forensik ini, sebarang keputusan yang
dikeluarkan adalah tepat. Melainkan sebab-sebab yang tertentu. Hanya dengan
ketentuan dari Allah sahaja, yang dapat mengubah segalanya.

riang ria di kota keriangan

August 7th, 2007 by schumi-iza

hari tu kami pergi genting, yang
pergi aku, midah, alia, ally, faiz, shafa, timie and izat..8 orang
kesemuanya..byk kejadian-kejadian yang berlaku di sana..mmg enjoy giler ar..coz
ari tersebut tak ramai orang yang datang genting, so berpeluang le nak main
bape banyak kali pun..

seperti yang dijanjikan, kul 7.00
pg dah kena bertolak ke kl sentral..tp tdpt msalah teknikal skit (cuba tye
midah kalau nak tahu..hehehe), dimana kul 7.45 pg baru bertolak ke kl sentral,
sbb takut terlambat, so kami pun naik le keta park kat sana..

sesudah ye sampai, kami pun pergi
le bersarapan dahulu..aku masuk lambat skit, coz pi toilet sat..masa kat
toilet, leh lak aku ye jari tertusuk pin, siap berdarah lagi tu..mungkin ini nak
elakkan perkara yang tidak diingini kat genting kot, gumam aku sendirian.
kemudian aku pun terus ar masuk kat food court, dalam duk sibuk melilau mencari
bebudak ni ye tpt, tetiba aku terpandang midah yang sedang berjalan membawa
makanan, dengan tak semena-mena, air yang dibawa itu telah tumpah. tp si midah
ni, boleh je biarkan air tu tumpah dan diri dia cam kaku cam patung masa tu,
siap akak kat situ tolong midah.timie pun sokong kata aku, bila kami kata midah
cam patung je waktu tu. (ni mesti shimie suka la, aksi-aksi macam ni). pas dah
siap bersarapan, kami pun pergi lah tmpt bus yang nak bawa kami ke genting tu..

masa dalam bus, kami duduk di barisan belakang. tetiba aku berkata pada ally,
cuba ko tgk bus ni macam dah di susun atur je kedudukannya, depan cina, tengah
india and belakang sekali melayu.dah jadi macam cina india melayu punya bus
a.k.a cimb.(kata-kata ni bukan hendak memprovokasi,ini hanya kata-kata yang
hanya kata-kata belaka). mula-mula tu, bus tu senyap je sunyi, tetiba dah lalu
berhampiran dengan batu caves yang laluan ke ulu yam tu, teringat le kisah suka
duka masa camping pada zaman dahulu kala. ape lagi, bus tu bertambah havoc,
dengan gelak ketawa kami semua.siap brother sebelah alia tu pun nak tido pun
tak dapat.emm memang byk stori yang kami borakkan, dari a to Z.mengenangkan
zaman-zaman kegemilangan masa jadi ahli jawatan kuasa.

dalam pukul bape tak sure, kami
telah sampai ke bangunan yang ade sky way tu.so dengan ati yang girang gumbira
tu, pi la kami berkumpul di tpt nak naik sky way. tp si faiz ni yang datang
awal ni, telah pun pergi membeli jam kat sana, dah telah lambat skit datang ke
sky way tu, then midah selaku cikgu rombongan pun mula la berasap dan berapi
coz anak murid ye sorang tak muncul-muncul lagi, siap bercekak pinggang
menunggu faiz kat depan escalator. midah kata if faiz tak tiba dalam kiraan
dia, faiz kena denda. (betul ke midah kata camni..lupa lak..hehehe)

masa nak naik sky way, kami dah
divide-divide sape yang nak duduk depan n belakang, coz gondola tu leh naik
lapan orang (nasib baik cukup-cukup). aku duk kat belakang, coz nak elakkan
gayat. depan tu lagi le gayat ye. so far masa pergi tu ok je, siap
posing-posing tangkap picture. tetiba kami teringat kisah nuri yang jatuh
terhempas area-area situ gak, menyebabkan kami insaf lalu terus membaca doa
naik kenderaan.(terlupa..jangan mara ek kepada pembaca)

setelah sampai, kami pun mencari
le jalan kuar ke genting outdoor park.jalan kat situ mmg boleh buat orang sesat
n pening. masa tu dah rase la sejuk-sejuk ye genting, masing-masing mula le
pakai jaket untuk membuatkan diri berasa berada di oversea. cuma izat n faiz je
tak bawa sweater, kebal sungguh budak berdua ni.

bile dah jumpa kaunter nak
tagging tangan tu, terus le beratur. maklum le excited sgt.siap ade orang tu
bagi tiket untuk 7 orang je, cuak gak ally aku tgk, coz dia orang terakhir tak
dapat tag, ye la mane tau takde tak pasal-pasal kena beli baru.hehehe.so first
game yang kami pergi n naik ialah spinner atau buaian gergasi.tak salah aku leh
naik 40 orang  dalam satu masa.sbb tak ramai sgt, tak sampai 5 minit je
kami dah dapat tempat. so aku pun memulakan aktiviti ku, merakamkan video naik
spinner ni. mmg best gak ar, nak-nak dapat rakam ally tengah cuak naik dengan
sore-sore orang yang menjerit cuak (padahal tak cuak pun..hahaha) tp mmg pening
gak kepala aku, rakam tu.apepun kalau tak ade rakaman, tak best lak nak tunjuk
pada yang tak pergi la kan.hahaha.gelak jahat lagi.pas turun tu, aku buat le
rakaman tentang perasaan mereka naik mende tu. yang pasti ye mmg pening, coz
jalan pun macam orang mabuk sekejap..

pas je naik spinner, naik le cyclone, roller coaster malaysia katanya. kat situ
yang boleh naik hanya 4 orang sahaja dalam satu-satu masa. road ye tak leh
panjang sangat, tp boleh la buat orang cuak secuaknya. aku walaupun dah naik
byk kali, still terasa cuak lagi. bile dah sampai giliran, hati aku mmg dah tak
tertentu arah, mau je turun, tp bile aku pikir budak pun leh naik.aku tabahkan
hati.masa mula-mula naik tu orait lagi, pergh bile dah turun tu, mau ye aku tak
menjerit-jerit. Ya Allah, cuak ye rasa cam nak mati je rasanya. masa tu aku mmg
pejam mata je sepanjang keta tu bergerak. walaupun seksa ye tak sampai 5 minit
pun, tapi  kecut ye perut bagaikan ape.mmg terbukti yang kami yang naik ni
cuak, ape tak ye, aku siap tgk gambar sorang-sorang..mak eih cam alien pun
ade.nak-nak muka aku.ntah macam pape.disebabkan picture memalukan, so aku pun
tak nak beli, dan korang pun tak dapat tengok.hahaha

pas je naik cylone, masing-masing mencari tandas..(kepada shimie, diorang pergi
tandas tu bukan atas tulahan ko ye, masing-masing kesejukan). then, kami cari
port untuk makan. aku terlupa yang aku bawa roti, abis penyek roti tu dibuatye.
member-member lain pi beli makanan yang disediakan kat area-area situ.
antaranya megi rm 4, mee hoon goreng rm 4. hotdog rm 5..mmg cekik darah beli
kat sana.menurut mmber-member yang makan megi, diaorang kata "emm sedap
lah megi kat genting ni, tak sama ngn megi yang kita beli kat kedai la. yang ni
lagi best" (mereka terpaksa berkata begitu kerana megi yang dibelinya sgt
mahal..hehehe) so waktu makan tu, sempat le aku membuat rakaman lagi sekali, tp
kali ni ucapan khas yang ingin ditujukan pada mereka yang tak pergi, terutama
sekali ayoi, shimie n abang la.

kami meneruskan journey kami ke umah dinosor, mula-mula nak naik roller coaster
tu dah tutup. solero lak ramai orang.so buatle pilihan ke umah dinosor. kat
situ, mmg byk kami bergambar sakan. macam-macam aksi yang ade, kalau nak tgk
buka fresnter aku, macam-macam ade.tp paling best aksi di atas jambatan
gantung, walaupun ramai yang naik, tp jambatan tu still steady, tak macam kat
ulu yam.

monorail lak destinasi yang
seterusnya, emm kat sini mmg telah makan masa kami. ape tak ye, dah le lembap
giler, then kami terpisah ngan grup ally. depa naik second trip. yang syok ye,
dalam monorail tu boleh lihat seluruh kawasan genting theme park tu, tp yang
tak best ye lambat n siap stuck (tu monorail ally n the gang, aku ye orait
je..hahaha).sementara menunggu diorang sampai, kami pun bergosip tak
hingat..hehehe

before nak pergi umah salji, kami
nak naik kapal pirate, ala-ala tikar terbang kalau kat sunway. mula-mula sampai
tu, aku tgk takde le cuak pun.tp ade le seberapa orang yang muka cuak plus yang
nangis. eh teruk sangat ke game ni. so bile sampai giliran, kami pilih seat
berdepan. coz nak buat rakaman lagi le. dimulakan dengan nyanyian lagu pohon
beringin. mula-mula tu orait lagi le, tetiba makin tinggi, emm masa tu menjerit
le tak hingat. aku tgk muka ally dah cuak giler. alia n faiz mmg steady giler.
siap kutuk-kutuk midah yang ketakutan tu. mmg nampak dengan jelas yang ally n
midah mmg takut bebenor naik menatang tu, bukti ye ade dalam you tube aku kat
frenster, nt tengok la ye.

alkisah kat umah salji, tiket
masuk kul 3.30. tp masa kami datang tu pukul 2.30, so masih awal lagi la. pergi
le cari port nak makan (mmg persatuan budak suka makan..hehehe). faiz belanja
tau semua orang kat burger king. bile siap dah order kami pun start ar
melantak, tp masa tu dah dekat 3.30 dah, em ape lagi, semua pun makan dengan
laju ye coz nak keja masa. trimas faiz coz sudi belanja kami makan. faiz mmg
budak yang baik (ikhlas ni tau)

kul 3.30 dah sampai kat umah
salji, mmg kelam kabut memasing. coz nak kena cari baju sejuk, sarung tangan n
macam-macam lagi la. bile memasing siap je, masuk le dalam tu. umang aih, sejuk
giloss ar.siap kejang jari jemari aku. mula-mula nak main baling salji, tp sbb
takut ade ketulan ais yang besar kat situ, aku pun melarang depa main macam tu
(tak nak peristiwa aku kena baling salji berulang lagi, siap calar balar muka
aku) so bebudak ni ade yang pergi main ape ntah namaye, tp yang pasti ye duduk
atas tayar, then mengelunsur (masa mula-mula umah salji tu dibuka, aku dapat je
naik mende tu, tp la ni siap ikut berat lak, cis tak guna betul). walaupun tak
dapat naik situ, tp kat umah tu ade gelungsur, main situ pun orait gak..hahaha.
so bile dah penat berdiri, aku pun pi le duduk kat satu tempat ni..kat situ
takde le ais, tp kan dalam semena-mena punggung aku terasa sangat le kebas ye,
mmg tak selesa giler. sampai keluar pun aku rasa kebas, rasa cam semut gigit
pun ade. (moral value: jangan duduk sebarangan). ade stori aku nak kongsi lagi,
masa dalam tu, ade le sorang orang arab ni, dia siap2 tendang ais kat muka orang
yang tgk umah salji dari luar. mau je aku sepak orang tu, kurang ajar seh cara
dia. tp sbb dia orang luar then besar, aku tak jadi (ceh tak berani
sebenarye..hehehe)..sempat la jugak kami bergambar dalam tu untuk dijadikan
kenang kenangan..

masa nak amik gambar yang dah
siap dicuci tu, faiz siap usha kakak situ untuk dapatkan softcopy, tp tak dapat
gak. depa kata untuk tujuan secure , sbb tu tak leh kasi sesape pun. tp dulu
aku dapat je, coz mmber aku keje situ.hahaha.tp abang tu dah berhenti dah keje.masa
nak kuar dari umah salji tu, midah siap buat arca tangan ye, so dalam 40 minit
baru siap. so kami pun amik le masa pergi bersiar-siar n main game ape yang ade
lagi kat sana.

keta klasik, best naik keta ni..
disebabkan tak ramai orang, kami pun naik pair. aku n izat naik sekali. mula2
tu aku nak pandu, tp sbb aku rase tak leh nak tekan tpt minyak, coz kaki sakit,
aku pun tuka ngn izat. msa tu dapat rasa yang aku ni pegawai Jpj, then izat nak
amik test. keta aku byk kali dilanggar keta alia, coz pedal minyak aku tak
makan..pas naik keta klasik, kami pun berposing lagi sekali di kawasan yang
ala-ala london tu. macam-macam aksi le ade, siap buat pose kat pondok tepon,
gaya ala-ala pelancong mencari tempat n tak kurang ye buat aksi bertukar.
semua-semua ni ade kat fresnter aku gak..

diorang nak masuk umah antu, aku tak nak coz umah antu tu tak seram
pun..(padahal masa naik dulu, aku tutup mata je sepanjang dalam umah
tu..hahaha). aku n ijat pi le naik gajah, sbb ijat malas, aku naik sorang. mmg
best naik gajah ni. siap leh tentukan kedudukan n ketinggian ye. kat situ je
aku naik 2 kali sbb best. tp ade mende yang klako terjadi, upanye ade
dikalangan bebudak ni tak tau nak naik mende tu, patut le gajah diorang tak
naik tinggi, tak tekan button depan tu upanye, cam kata ally, "aku ingat
ni hong ke. tp bile tekan tak bunyi"..tp mmg kelako ar, siap beri isyarat
tangan suh timie tekan button tu..

dah abis main game yang nak main, kami pun bekejar-kejar nak ke sky way, nak
balik coz bus kul 730 malam.masa beratur nk dekat sampai tu, ade le kakak jaga
kaunter ni, mulut mmg kurang ajar ar. masa midah kasi tiket kami tu, kakak tu
siap kata, "korang ni menyusahkan keje aku je,bagi tiket macam ni"
aku yang dengar mende tu, ape lagi aku sound ar. "dah tu mmg keje
ko". tp nasib baik takde pape berlaku, coz aku terus je larik masa sound
tu (maleh ar cari pasal, kang malu lak diorang..hehehe)

masa nak turun ni, sekali lagi kejadian cuak berlaku, ape tak ye, masa turun
tu, keadaan kat luar mmg tak nampak ape pun. penuh ngn asap kabus je. lagi le
cuak bile gondola tu terhuyung hayang depan n ke belakang. masih-masih membebel
ketakutan, nak-nak midah yang sememangye cuak giler. sekali lagi, kami membaca
doa naik kenderaan. (tak kira ape kenderaan yang kita naiki, kita mesti membaca
doa naik kenderaan)

sesudah sampai ye, kami pun
bergegas nak ke stesen bus, tp sebelum tu siap membeli ole-ole untuk dibawa
balik. aku tak membeli ape pun, tp lebih kepada merasa makanan disitu, coz
freee. so tepat 730, bus sampai, berebut-rebut orang nak naik. yang aku hangin
ye, nape nak berebut padahal masing-masing dah ade tiket, tu mesti kes yang
tertinggal bus, coz syok sangat lepak kat atas. sbb tu bus kami, so dapat le
naik. dalam bus tu, masing-masing lebih kepada buat aktiviti masing-masing
iaitu tidur. cuma alia n midah je tak tido, coz aku dengar j sore depa. kami
sampai kat kl sentral dekat kul 9.00 gak le, coz dalam perjalanan tu, ade bus
rosak so jem teruk.

Alhamdulillah, semua orang telah
berjaya pergi dan balik dari genting. mmg best trip ni, sbb dapat
berjimba-jimba n release tension aku. so pas ni leh atur lagi program best-best
ye.dengar citer next program, merdeka di putrajaya..arap ramai lagi dapat
sertai ye..

p/s: asal aku taip je mesti
bermuka-muka surat. tp kalau wat assigment nak dapat satu page pun
berjam-jam..hope korang tak jenuh membaca ulasan aku ni..nt komen-komen la ye..

wiraBlog - Ceritera di Hari Keluarga Wira di Port Dickson

July 18th, 2007 by schumi-iza

Diaries Wira (14 Julai 2007 dan 15 Julai 2007)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi kami peluang untuk mengadakan Hari Keluarga Wira di Port Dickson tanpa berlakunya perkara yang tidak di ingini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan wira yang telah menghadiri program ini. Sebenarnya program ini adalah cadangan bendahari persatuan kita iaitu saudari hafiza hanapi. Seramai 21 orang yang telah menyertai program ini antaranya aku, ash, zatil, awin, aida, azni, ilyana, fiza hanapi, afiza, rizal, ajib, ahmad asraf n wife, rosnizah, nadiah, saiful, fairus, fazrol, rushaidin, akasha (kawan fairus) n rosy (mmber nora). Sepatutnya Nurul hafizah pergi program ini, tp tak dapat join coz dia kena kerja masa tu.Terima kasih nak diucapkan pada sabeer coz sponsor sarapan.(pasni leh sponsor lagi). Sebanyak 6 buah keta yang berkonvoi ke PD.

Kes datang lewat!!!

Seperti yang dijanjikan, semua orang mesti berada di Restoran Ali Corner seawal pukul 730 pagi. Grup dari batu tiga yang telah diketuai oleh rizal, telah sampai awal. Tahniah kat korang coz on time. Kemudian, rakan-rakan lain pula menyusul. Dalam ramai-ramai ni, adalah sorang ni yang datang sangat-sangat la lambat dan menyebabkan hari yang mendung telah berubah menjadi panas. Masing-masing resah menanti, tetapi dak ni tak juga muncul-muncul. Tepon toksah kata la, adalah dalam 10 kali. Alasan yang diberi lagi 10 minit, aku kat Hicom. Mula-mula tu ok lah, tp sebab tak tiba gak dalam masa 10 minit tu, masing-masing pun bertambah tak senang duduk. Mulut lak asyik membebel, mana fairus ni mana fairus ni.(Ops terbagi tau nama da) Lebih kurang 100 kali kot diorang duk berkumat kamit, still tak datang-datang juga. Menurut rakan kita yang bernama Y bukan nama sebenar "Nak je tinggalkan, then terus je jumpa kat seremban". Mana tak hangin rakan-rakan yang lain, dah dekat pukul 10 pg still tak datang-datang juga, janji kul 730 pagi, aleh-aleh kena bertolak lambat. Pastu sebab dah lambat sangat, kami pun decide la nak pergi dulu, jumpa kat hentian seremban.

Inilah alkisah yang berlaku pada hari pertama kejadian, fairus telah datang lewat. tp dia dah bagitau aku yang dia keje lebih masa hari jumaat tu maybe akan lewat pagi tu. dia ada gak minta aku kejutkan n tak tau la pulak yang dia ni duk serdang, aku ingat duk seksyen 20 je.lagipun dia dah minta maaf coz datang lewat.dan semua orang dapat menerimanya, citer kat atas ni hanyalah kronologi yang berlaku masa ari tu. hope fairus tak amik ati ngn penulisan aku ni ye.kalau mara cepat tue..hehehe..peristiwa di atas ni telah mengingatkan aku pada citer genting, yang datang lambat masa tu si fazrol n acid.mmg kena bambu kaw-kaw ngn kawan-kawan coz lambat, nasib baik tak tertinggal bus, kalau tak kita lauk sama dia..hahaha..

Konvoi tp terlajak

Dalam tengah konvoi ni (masih di shah alam lagi ni). Keta yang dipandu afiza n ahmad ashraf telah pun tersesat, coz tak perasan keta rakan-rakan yang lain telah berhenti di stesyen minyak Shell. mengelabah juga la masa tu, maklumlah tak bape mahir sangat bab jalan-jalan ni kan. nasib baik la tak terlajak jauh pun, kalau tak bertambah-tambah la lambat.hehehe.

On the Highway to PD

citer lak masa dalam perjalanan ni, semua keta jalan dalam satu barisan(macam ada majlis perarakan la pulak). yang menjadi lead kepada konvoi ni adalah mr president si ash. nak kata dia bawa laju, katanya 80km/j je. tp tu pun ade keta yang tertinggal kat belakang. paling best ye, si rosnizah. ke mana keta myvi putih berada, disitu juga kancil hitam berada. (macam ada scandal je kedua-dua keta ni..hahaha). Ni kes lain lak, Afiza tak perasan yang kita patutnye kena belok ke kanan nak ke seremban, terus je dia memecut nak potong lori, sempat juga la aku menjerit suh ke kanan, nasib baik la sempat break n tuka laluan, kalau tak keta yang afiza bawa tu akan pergi balik ke Kuala Lumpur.nak tau break on the spot camtu pun boleh menyebabkan laci kat bawah keta kelisa tu terkuar. Menurut zatil lak, nasib baik dia tak tercampak ke depan coz ashraf break emergency kat traffic light.mmg cuak gak lak, coz keta ros yang berhampiran pun hampir-hampir nak langgar myvi ash. menjerit gak orang-orang dalam keta tu coz cuak. kalau keta-keta yang lain lak, aku tak sure, everything is fine kot..hehehe. Apepun, Alhamdulillah, coz sepanjang perjalanan itu tidak ade perkara yang tidak diingini berlaku.

Check in hotel

lebih kurang pukul 12 tengahari sampai kat lobby glory beach resort. so acap la yang kena check in kan, coz dia staff uitm dapat price murah skit. then ramai-ramai la duk kumpul kat lobby time tu. aku gtau rakan-rakan lain, if orang hotel nak tunjuk bilik, tak leh naik sekaligus, coz satu penthouse tu paling maksimum pun 5 orang. so buat-buat la macam ada tempah bilik lain. tp nasib kiteorang mmg baik, coz orang hotel malas nak tunjuk, kenala pergi sendiri. dah selamat dah kita time tu. ye lah bayangkan lah, penthouse 5 orang tp naik 21 orang. mane la tau tak boleh ke that why ade langkah-langkah berjaga-jaga..hehehe..sesudah sampai ke penthouse tersebut, alangkah terkejut ye aku melihat bahawa penthouse yang kami amik tu sangat-sangat la kecik. walaupun ade 3 bilik, satu di tingkat atas. time tu aku dah resah, mana tau rakan-rakan lain merungut coz tpt nak tido tak selesa. to satifsy people not easy ma, very difficult to handle.yang laki-laki tu tak kisah sgt, coz diorang leh tido luar. yang gurls lak kena berkongsi satu bilik dengan 8 orang, mmg crowded gile bilik tu. tp disebabkan rakan-rakan lain faham dengan situasi tersebut, so depa tak kisah pun macam mana tpt itu kelihatan, janji dapat tido. next program kita cari bilik yang besar key, so semua orang dapat tido dengan selesa. hehehe. terima kasih geng coz sporting..

al kisah di penthouse di hari pertama

sampai-sampai je bilik, masing-masing terus lepak kat bilik, coz dah kecapekyan (dalam bahasa melayu - kepenatan). so ada la dua tiga orang je yang stay kat ruang tamu. tetiba fairus call aku, tye nape tak nak lepak kat bawah. acctually bukan tak nak lepak, cuma masing-masing nak merehatkan diri n membersihkan diri. coz kalau ikut jadual start kul 230 (pergi makan-makan) then kul 4 (sukaneka), sbb tu ramai yang terus masuk bilik jap. bukan ada sebab lain pun.hehehe.tetapi ada gak berlaku perselisihan faham masa tu antara rakan-rakan. tp semua tu dapat disettlekan dengan cara yang baik. biasalah, kalau dah penat, mmg mood lari skit kan. lagipun tu pertama kali berkumpul ramai-ramai, so perasaan janggal tu mesti ada. tipulah kalau takde. so dalam kul 230, semua orang bersiap nak pergi makan. cuma fazrol je yang tinggal, katanya nak jaga rumah sambil melayan man laksa. (bagus ye budak ni, anak sape la ni..hahaha)

makan-makan time

nak pergi tpt makan punye la jauh. susah tul la nak cari restoran kat PD ni, maklum la tak bape familiar.sesudah sampai ke destinasi ye, kami pun turun la nak cari kedai.pergh! macam tak caya lak yang kedai-kedai kat sana ramai orang, siap takde satu tempat kosong pun. ade satu kedai yang kami singgah nak makan, n tak penah dalam hidup aku yang pergi kedai, tp tuan kedai angkat banner kata kedai dah tutup. padahal ramai je orang kat sana. emm maybe dia tak nak layan kami yang ramai-ramai ni atau makanan dah abis. masa tu perut mmg lapar giloss ar. so pantang nampak kedai kosong je, terus je masuk sana. ape lagi, terus la masing-masing memberi order yang pelbagai. antaranya nasi ayam, nasi goreng, mee goreng (tetiba lapar lak bile sebut makanan ni). tahu-tahu je la, kalau dah ramai kan, mesti dapat lambat. so depa ni pi la beli rambutan untuk mengalas perut. mmg manis giler ar rambutan tu, tp yang tak tahan tu byk semut.terus potong stim aku nak makan banyak..hahaha..kira-kira dalam kul 315, baru la dapat makan. time tu masing-masing memberi tumpuan sepenuhnya pada makanan yang dihidangkan. tp ada yang dapat lambat, coz order yang pelik-pelik..hehehe…tp best gak la makan situ, walaupun sedikit je nasi ayam yang aku dapat..hahaha

war game, ulat bulu, baling n pijak belon

sukaneka dimulakan pada kul 5 petang. so aku n mmber aku rosy turun awal untuk setup kan tpt.acara pertama ialah pembahagian kumpulan dengan cara undian. ada 4 grup semua iaitu grup ketam, sotong, jellyfish n paus. setiap grup ade 5 orang. ketua kumpulan ketam ialah fazrol. ahli-ahlinya terdiri daripada awin, azni, ilyana n sepol. jellyfish lak, ketuanya rizal, diikuti ngn aida, ajib, afiza n rushaidin. kumpulan paling havoc ialah kumpulan sotong (maklum la sotong kan, byk tgn) diketuai oleh ash, then zatil, akasha, fizah napi n rosnizah.. grup paus lak diketuai oleh fairus, acap n wife, rosy n nadiah. setiap grup mempunyai keunikkan ye tersendiri, cuma meka malu je nak interfrem kan trade mark diorang..hehehe.. semua orang berpuas hati ngn kumpulan diorang. then game pertama ialah ulat bulu. permainan ini memerlukan dadu untuk bergerak.sekiranya dapat 2+, kumpulan tu kena bergerak 2 kali ke hadapan. nak bergerak mesti dalam kumpulan dan yang penting kena ikut cara ulat bulu berjalan. mmg happening giler time tu, nak-nak kumpulan yang kena patah balik kat tmpt asal, coz baling dadu dapat muka masam. ape lagi, kutuk mengutuk antara satu sama lain pun bermula, maklumlah nak menang katakan. masa tu, area kitaorang yang paling orang tgk, coz riuh rendah ye mengalahkan 100 orang yang bermain. padahal cuma 20 orang je. time tu gak telah mengingatkan aku pada zaman sekolah, klas wira mmg dah dicop kan kelas paling bising, tp sbb selalu menang acara kebersihan sekolah.so cikgu-cikgu pun anggap yang bebudak wira ni baik-baik belaka. padahal ade taring kat belakang..hahaha..berbalik pada game tu, penat gak mulut aku nak menjerit-jerit. smpi sakit tekak dibuatnya. apepun masa tu mmg best giler n korang pun sporting abis. then, game kedua kita main baling-baling belon or dikenali sebagai semakin jauh semakin sayang. semua orang sedia maklum ngn permainan ni, coz mmg best giler ar. so setiap orang diberi satu belon, kemudian dikehendaki baling belon kepada kawan, sape pecah kena keluar. mmg byk aksi menarik yang dapat dilihat. Aksi yang paling menarik sekali, time zatil nak amik belon, mmg dapat capture belon pecah kat muka zatil, tak caya leh refer picture kat fresnter. macam-macam skil boleh dilihat masa tu, cuma yang ruginya tak dapat capture video.kalau tak lagilah havoc..pas tu, game ke 3 lak, main pecah kan belon orang, nak tahu lebih lanjut, leh tgk kat you tube (dalam fresnter pun ade). masa tu dapat la lihat, aida pijak belon ros, walaupun time tu, belon aida dah pecah. ash byk main save, belon fazrol mula mengecil. tak lupa gak aksi rushaidin yang sgt-sgt lincah masa tu. tp mmg tak nafikan, permainan tu mmg penat giler. tp seronok.hehehe. game tu telah dimenangi oleh mr fazrol de crab. (mesti bangga bile aku tulis nama dia..hahah). pas main game tu, kami rehat jap, minum-minum air, nasib baik zatil dah siap bancuh air. dapatlah lepaskan kepenatan. acara terakhir ialah war game, sebenarnya nak buat dam orang. tp sebabkan garisan yang kami buat tu, telah pun di tenggelamkan oleh air pasang. so buat keputusan main war game. 2 grup telah digabungkan untuk berlawan, grup jellyfish ngn paus, then sotong ngn ketam. dalam game ini, setiap kumpulan dikehendaki memilih diamond (orang yang paling penting dalam grup, if orang tu kena baling belon, grup tu akan kalah). so grup gabungan jellyn paus, pilih ajib sebagai diamond.manakala sotong n ketam pilih awin as diamond. diornag di beri 2 minit untuk fikirkan strategi berperang. (tp lama gak sebenarnya)..bila dua pasukan dah bersedia, war game pun telah bermula. semua pasukan mmg bermain dgn berhati-hati..n for the first time aku conduct war game ni, ade grup yang kalah. isteri acap telah membaling belon pada awin, yang sekaligus buat grup diorang kalah. mmg basah lencun awin dibuatnya. (tp nasib baik pakai belon, kalau pakai plastik pastu campur cat kaler, abis baju, ni menurut pengalaman aku la..coz aku penah kena..hahaha). war game tu last game di sana, walaupun tak banyak, tp mmg meriah ar. tp aku ingat ada orang nak sabotaj aku, konon nak baling belon tp tak pecah..aku tau sape orang tu, tp saje buat-buat tak tahu..hahaha

citer di kolam renang.

pas main sukaneka tu, grup perempuan ada yang naik atas nak siapkan makanan untuk BBQ. kami pergi pool, nak mandi la konon2, coz malas nak mandi pantai. mmg ramai giler orang dalam pool tu. tp sbb dah gian, mandi tetap mandi. cuma aku n azni je yang turun mandi. lain-lain dak laki-laki. tgh syok-syok mandi, datang la pak guard pool tegur dak laki, tak leh pakai tshirt. so diorang akur la. ni ada citer ekluksif, masa dak laki kena tegur pasal baju tu, ash, sepol n rizal naik atas. coz diorang malas nak buka baju bile mandi. then si rizal ni, nak turun. so ada la sesuatu yang ash ckp, membuatkan rizal nak turun. so masa tu, rizal tak buka baju masa kat atas, dia buka dalam air. tp aku rasa la dia tak perasan yang azni ada kat sebelah masa tu. ngn slumber je dia buka. em ape lagi, tersipu-sipu malu la azni kat sebelah tu ternampak semua-semua. masa tu aku pun ada, tp sbb aku tak pakai spek mata, so tak nmpk ngn jelas..hehehe.

bbq

tpt kul 8 malam, kami dah mula cari tapak nak buat BBQ,so aku n fazrol turun dulu. tp mmg takde tpt kosong pun masa tu. so kami pilih ar tpt paling ujung sekali. tp tempat tu besar, cuma menjadi tempat orang lalu lalang. makanan masa BBQ tu mmg byk, antaranya mee hoon tomyam. steamboat, ayam bakar, keledek bakar, marsmallow bakar n macam-macam lagi la. makan mmg tak ingat la, kebetulan perut pun mmg kosong. aktiviti malam tu hanya makan-makan, borak-borak n usik mengusik n tangkap gambar, mmg banyak aksi candid malam tu. lebih kurang kul 12 kot, kami berkemas, coz masing-masing dah mengantuk. lupa nak bgtau, masa tu grup yang menang diumumkan, dan yang menang ialah grup ketam,,adiah ye, diorang dapat makan breakfast percuma untuk 5 orang. .

tido

perihal tido ni, ada citer yang menarik ye. dari pihak gurls lak. cian awin n azni coz tido depan toilet. coz dah takde space lain. tp yang lain-lain aku rase nyenyak je tido..hehehe..termasuk aku..diorang kata macam-macam aksi tido aku, ada yang kata tido ala-ala menuju puncak. kura-kura n macam-macam lagi.nasib baik aku tak tido ala-ala superman, abis satu tpt aku bolot..hehehe..tp mmg aku dapat tido lena, walaupun tido dalm bilik yang sempit camtu.pas ni kita cari umah yang besar, n biar semua orang dapat tido ngn selesa. citer dari dak laki lak. menurut fazrol, dia tak dapat tido lena malam tu, katanya macam tido kat bengkel keta katanya, sebelah bunyi turbo la (bising orang berdengkur) so dia pun pindah la ke ruang tamu..adeh sama gak situasi ye. aleh-aleh dia tak tido sgt. (tu katanya, aku tak caya pun..hahaha) tu yang menyebabkan orang bangun kul 8, dia bangun kul 11. (tido lebih masa.)

closing ceremony,

last day event tu, pagi-pagi dah ada orang pi main tenis. jalan-jalan kat pantai, dan tak kurang ye yang tido cam aku..hahaha. pas semua dah siap-siap packing. satu majlis penutup telah diadakan. ucapan penutup telah disampaikan oleh ash selaku mr presiden. penyampaian cenderahati turut diadakan. yang peliknya, bile diberi key chain berbentuk kaki pada bebudak ni. ketawa sakan dibuatnya. aku pun kureng faham..hehehe..so kami pun meminta semua orang ntuk memberi pendapat masing-masing pasal program ini, kesimpulannya semua enjoy.InsyaAllah, satu post mortem akan dibuat bagi, papehal nt kami inform pada semua ye..

sekian sahaja coretan ini. 2 hari berturut-turut aku mengarang ayat. hope korang semua tak terasa ati ngn penulisan aku ni. aku cuma nak pahatkan semua memory kita dalam blog ini, sekiranya terlupa, boleh buat references..hehehe

20 Jun 2007- Genap 15 tahun Pemergian Abah ku ke Rahmatullah

June 19th, 2007 by schumi-iza

20 jun 1992, merupakan detik-detik hitam yang telah berlaku pada keluarga. Abahku yang dikasihi telah pun menemui Ilahi pada tarikh tersebut. Letupan kapal yang telah mengegarkan penduduk Pelabuhan Klang telah mengorbankan 13 nyawa, di mana abahku adalah salah sorang dari mereka. Berita ini telah heboh di saentero Malaysia dan aku pun tidak menyangka bahawa aku telah menjadi anak yatim di seawal usiaku 9 tahun.

Seawal pukul 7 pagi, rumahku telah didatangi oleh saudara mara.  Mereka terus datang memelukku sambil menangis teresak-esak. Aku terpinga-pinga, mengapa diorang ni. Kemudian aku didatangi pakcikku yang memberitahu bahawa abahku telah tiada lagi di dunia, sudah meninggal dunia. Aku terkejut, baru semalam abahku dah berjanji nak belikan aku hadiah sbb dapat no 5. Tetiba diorang kata abahku dah takde, aku tak percaya, sungguh tak percaya. Lalu pergi mendapatkan makku, aku melihat mak menangis. Hah, mmg benar bapaku telah tiada. Selepas mendapat tahu, aku terus lari keluar sambil membawa selimut yang diberi oleh abahku, aku menyorok dalam longkang dan menangis sekuat-kuatnya. Masa tu, aku malu nak menangis didepan semua orang.

Kemalangan yang menimpa abahku, memang telah menjadi tajuk utama dalam semua berita dan tidak semena-mena keluargaku telah menjadi popular.Pihak penyelamat telah berusaha untuk mencari mayat abahku, tapi tidak dijumpai. Sehinggalah pada 24 jun 1992, mereka telah menemuinya dalam keadaan yang tidak sempurna malahan merupakan mayat terakhir dijumpai.

Arwah bapaku telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Klang, bersebelahan kubur arwah ibu dan ayahnya. Walaupun sudah genap 15 tahun permergiannya, hati ini masih tetap merinduinya. Kadang kala aku menangis setiap kali teringatkannya. Membesar tanpa seorang abah memang sangat sukar untuk dilalui, memandangkan masa itu aku masih kecil. Adik aku yang bongsu, tidak sempat untuk mendapatkan kasih sayang seorang abah, kerana usianya ketika itu baru setahun lebih. Dengan ketiadaan abah, makku telah mengambil peranan sebagai ibu dan bapa. Walaupun kenangan bersama abahku tidak lama, tetapi aku masih ingat semua lagi kenangan bersamanya. Marilah sama-sama bersedekah surah Al-Fatihah kepada arwah abahku.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Trip ke Port Dickson bersama Family Abang La.

June 18th, 2007 by schumi-iza

Hari ahad 17 jun 2007
iaitu bersamaan hari bapa, aku dan ahli keluarga abg la yang terdiri daripada
helmi (abg la), ayoi, midah, ijat, alia (mak su nya) n madu ku ally telah
berpiknik kat Teluk Kemang, Port Dickson. Madu ku syena tak pat join coz ade
keje. Plan nak pergi
piknik telah di cadangkan masa ana kawin tempohari. Buat kecik-kecik je.
Lagipun dah gian nak lepak-lepak, bersantai dan buat aktiviti bersama-sama,
samping tu dapat la si ayoi dan midah ni sambut hari ayah dengan si abg la.
Seperti yang dijanjikan, kami pergi ngn bkonvoi dua buah keta. midah gerak dari
shah alam, alia lak dari bangi, tp berjumpa kat Hentian Seremban. Jadi, aku nak
citer skit sebanyak peristiwa yang dah berlaku sepanjang piknik.

Ribut di Teluk Kemang

Angin Kencang dan Ombak
Bergelora menyambut kedatangan kami. Waktu
tu air tengah pasang, rasa cam best la nak mandi coz dalam, tp sebab ombak yang
kuat menghempas persisir pantai, menyebabkan kami bercadang nak pasang khemah
dan makan dahulu. (Lapar woo!). Pas semua dah siap, kami pun duduk dalam
bulatan untuk menikmati juadah yang telah di bawah oleh semua orang dari umah.
Banyak sangat makanan yang ada cam mee hoon, ayam masak madu, nugget, sandwich,
hotdog dan lain-lain. (Memang menyelerakan, so pasni leh masak lagi..Hehehe). Sewaktu tengah makan
ni, tetiba angin bertiup dengan kencang. Pergh! Panik giler memasing, ape tak
nye, khemah kami hampir diterbangkan, pastu semua barang makanan dimasuki
pasir. Dengan tindakan pantas kami ni, cepat-cepat la kemas barang nak masukkan
dalam khemah, sementara tu abg la n ayoi pi cari tali untuk ikat khemah tu, coz
takut bocor coz khemah tu takde atap. Sedang dalam usaha menyelamatkan
barang-barang semua, kami tgk keadaan pantai time tu. Ya, Allah..Mmg ombak
berdesas desus hempas pantai, angin kencang takleh nak kata ape la, mmg kuat
giler. Masing-masing terdetik di hati, adakah nak Tsunami? Bukti ape yang aku kata
ni mmg ada, coz midah sempat rakam video. Kami jangka angin tu
sekadar angin lalu sahaja, rupanya tidak. Makin lama makin menakutkan, so kami
ambil keputusan nak cabut khemah tu pastu masuk dalam keta. Dalam proses nak
mencabut khemah tu, kami di serang dengan ribut pasir, abis kena muka.(Sakit
tau!). Nasib baik ada si hero, abg la kami yang dapat mengawal suasana. Semua
orang berkerjasama masukkan barang-barang dalam keta dan bernasib baik takde
sape yang tercedera. Pengunjung pantai yang ade kat situ pun
lari masuk dalam keta. Time dalam keta tu, aku lihat seolah-olah pantai sedang
mengamuk. Tetiba bpikir sejenak, agaknya macam ni la bila tsunami terjadi. Hampir
satu jam gak la, kami terperangkap. Dalam kul 11 pagi, baru la ok skit, walaupun
angin tak kuat tp ombak stil tak menentu. Bila dah lihat cuaca kembali pulih,
kami pun kuarkan semua barang kembali dan get ready nak mandi, tp masa tu air
dah mula nak surut. Dengan adanya berpengalaman pergi camping dan buat aktiviti
lasak, so dapatlah mengharungi peristiwa ini bersama-sama.

Mandi-manda

Selepas
mengharungi ribut tu, kami pun dah tak sabar-sabar lagi nak terjun kat pantai.
Ally sorang je yang tak mandi, coz katanya nak jaga barang. (ke takut nak mandi
ally..hehehe). Waktu nak mandi tu pantai dah mula surut, ada la dalam paras
lutut je tinggi airnya. bayangkan la si abg la yang tinggi tu, mandi dalam
kedalaman air yang macam tu. (iskh..iskh takleh bayangkan, cam orang dewasa
mandi kat kolam kanak-kanak je rupanya). Air time tu mmg keroh giler, habis
badan gatal-gatal. Orang main air, tp aku duk garuk-garuk je. Tp sebab lama dah
tak mandi pantai, gatal pun gatal la, janji rock eh janji boleh mandi. Lebih
kurang setengah jam gak, kami mandi manda. Kemudian naik daratan untuk buat aktiviti
tanam-tanam orang dah juga bina istana pasir.

Dsc00604_1
Gambar
masa selepas ribut kencang. Kami yang dekat tengah-tengah tu.

 

Main
tanam-tanam orang

 Ayoi dan midah yang jadi modelnya. Nak buat untuk helmi susah
lak, panjang sangat. (Orang kecik  senang, tak perlu banyak space..hehehe). So bermula ops
mengorek pasir. Time nak kureng tu bukan senang, ape tak nye, korek guna tangan
pastu banyak kaca lak tu, tp masing-masing tangan kuat cam badang, so tak de
sape yang tercedera. Tp nasib baik ade air, sekurang-kurang ye memudahkan keje
- keje mengorek di jalankan. Bila dah siap, suh ayoi masuk kemudian kambus,
just nampak muka dia je. Waktu dah tanam tu, ape lagi fikiran masing-masing ni
sangat-sangat "kreatif", ada saja yang nak di tambahnya kat si ayoi
ni. Then, midah pun nak juga, so ape lagi buat satu lagi lubang khas untuk
midah. Pas dah siap, sesi fotograpi telah dijalankan. Rugi la kalau tak rakam
detik-detik tu. Next trip, korang buat untuk aku n alia lak. Camne?

Dsc00610_3
Ops
Mengorek.."Korek jangan tak korek pasir tu alia"..

Dsc00618_2
Inilah
hasilnya.

 

Bina
Istana Pasir

Selepas tanam-tanam orang, kami pun buat lah istana pasir. Bajet nak
buat pertandingan, tp tak jadi. Ingat senang ke nak buat, upanya payah gak nak
membinanya, coz asyik-asyik runtuh. Nasib baik diorang ni terror sokmo, so
dapat la atasi masalah keruntuhan pasir. Mula-mula, kami dirikan struktur
bangunan berkembar macam menara petronas tu, siap ada jabatan kat tengah-tengah
tu. Suddenly masing ade ide masing nak memperbesarkan arca tu. Ayoi, helmi,
midah n ijat duk sibuk membuat kolam dan jalan-jalan raya. Alia lak membuat
penempatan khas ala-ala macam kat Vegas. Ally buat pintu gerbang n aku buat
taman mini yang ada bulan sabit ditengah-tengah.(Maklum la warga bulan sabit
katakan). Bile dah siap bangunan tu, tetiba terpikir nak mencantikkan lagi. sp
letaklah batu-batu pantai yang ada. Pastu si abg la n anak-anak ye, sibuk buat
kolam lain. Besar kolam tu boleh memuatkan kami semua. Dalam banyak-banyak
bangunan, aku suka tengok kolam tu, cantik binaannya. Bangunan tu di gelar
Headquaters PBSM pada masa akan datang. Hanya kami orang-orang dewasa yang
tanpa segan silu bermain kat situ. (Masa kecik- kecik, takleh main pasir
katakan) Pastu di sudut yang agak jauh dari kami, ade la sekumpulan kanak-kanak
yang ingin membina kolam yang lebih besar dari kami. (Jeles la tu, tgk bangunan
kami cantik. Ceh, bebudak pun nak lawan kah). Siap ada sekumpulan pengunjung
pantai yang tangkap gambar tu. Bangga ye!!!

Dsc00655_2
1-
Sibuknya mereka tu ye.

Dsc00663_3
2-
iNilah kolamnya, cantik tak?

Dsc00673_1
3-
Bangunan rekaan kami.

 

Pas dah abis dengan aktiviti kat daratan, dak laki pi sambung
mandi. Yang lain-lain pi makan. Penat seh buat keje tu, mana tak laponya. So
kami yang perempuan ni, lepak-lepak, sembang-sembang sambil citer dulu-dulu,
sambung makan. Sbb malas nak turun kat pantai lagi (jauh sangat airnya.) kami
pun pergi la menyiapkan diri. Mula-mula aku turut serta sekali, aleh-aleh aku
pergi kat pantai sat. Mmg nak panggil si abg la dan ayoi tu balik, coz mandi
tak ingat-ingat. Kiranya aku sempat gak mandi sekejap, mmg best ar. Ombak kuat
n bertalu-talu lak tu, rasa macam pergi spa lak. Dalam kul 5 gak, kami dah siap
berkemas nak balik. Tp sebelum balik tu, nak pergi jumpa anak ally kat Seremban
Parade. Si boboy a.k.a Abang Ref. Lama gak tak jumpa ngn abg ref, sejak dia dah
berkerja. Sambil  borak-borak ngn boboy, sempat gak merasa kerusi-kerusi
mengurut kat situ, dapat gak hilangkan rasa penat sepanjang ari. Sempat juga
abg ref belanja kami semua makan aiskrim.Terima kasih Abg ref. (Pasni leh
belanja lagi..hehehe)

Dsc00695_2
Bersama Boboy di Seremban Parade

Kami
bertolak ke Shah Alam dalam kul 7. Kira lewat jugalah, coz ally n ayoi kerja
keesokkan harinya. (Cian kat depa) Dalam keta tu mmg riuh rendah, sbb Abg la
yang bawa. Aku kena jadi co-pilot . Bajet nak tido la kat belakang, tp tak pat.
(sbb sebenar diorang tak kasi aku duk belakang coz nt diorang dapat tpt
sempit..wakaka). Seperti biasa bila abang la n aku duk sebelah, ada je mende
nak berdebat. Masa dalam keta tu, semua mainkan peranan dalam family abang la.
Antaranya:

Dialog
1

Nora:
"Opss berhenti, masuk kanan nak ke

Highway"
(Sambil abang la berhenti mengejut).

Abang
La: "Eh apa la dia ni, suh berhenti tiba-tiba, kalau dah kena langgar
macamana"

Ayoi:
"Mama, Papa janganlah bergaduh. Kami tak nak tinggal umah makcik"

Dialog
2

Ally: "Nora,
sepanjang kita jadi keluarga ni

tak pernah pun kita panggil
Helmi abang

" (Sambil abang la
terbatuk)

Nora:"
Ha’ah, tu la unik ye kita ni ally. Biasanya orang panggil abang, sayang,
baby.Tp kita panggil aku kau.Kira romantik la tu"

 

Tu je yang aku ingat. Dalam kul 1030 malam baru aku sampai umah.
Ayoi and Ally  smpi umah dalam kul 11++. Muka midah time tu mmg dah
mengantuk giler, aku riso gak dia berhenti mana-mana tido. Bukan leh caya
sangat midah ni, cepat mamai.Hehehe.Anyway, kami semua selamat pulang ke umah
masing-masing tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini.

 
Perasaan
aku bila bersama dengan ahli keluarga Abang la masih utuh seperti dahulu.
Walaupun dah lama kita tak buat aktiviti-aktiviti bersama, tetapi setiap kali
ada j, banyak peristiwa  yang kita dapat cipta.Rasanya sungguh singkat
masa bersama. Sepanjang hari di Teluk Kemang, setiap saat dihabiskan sepenuhnya
dengan aktiviti bersama. Walaupun selepas ini, kita semua bakal ada hal
masing-masing, tp kita semua janganlah lupa pun pada sesiapa yang telah menjadi
ahli keluarga ini. Hope pas ni, dapat buat program yang gempak-gempak cam
camping, tengok wayang, makan-makan (aku dah tau tpt dekat makan satay
kajang..hehehe) dan lain-lain.

 

So pas
ni ape next aktiviti, buat parti buih kat umah alia sambil buat terjun tiruk
kat kolam renang..hehehe

Selamat Tahun Baru 2007

January 2nd, 2007 by schumi-iza

wah dah setahun aku tak menulis kat blog.. last menulis tahun 2006..ceh macam lama je..seperti biasa la, setiap tahun baru, mesti ade azam baru..aku banyak giler azam baru..just tulis kat diari je, hope semua tu dapat dilaksanakan. td aku ade join reunion kecik mmber pbsm aku.. yang hadir 5 orang je iaitu aku, alia, ally, ana n izat..mmg tak ramai, tp dapat berjumpa dgn diorang pun, aku rase sangat2 gembira..mengembalikan mase dulu2 lak..semua rindu dapat terubat, nak2 dgn ana..lama giler tak dapat jumpa dia.. aleh2 jumpa, dah bertunang pun..hehe.mmg tak sangka..dia dulu upa ye emm mase jumpa, banyak mende diborakkan, citer2 mase zaman kegemilangan pbsm. mmg tak penah aku lupakan, walaupun hampir 2 tahun tak mengiatkan dalam hal pbsm secara langsung..tp mereka dan kisah mereka tak mudah aku nak lupakan macam tu je.. dalam borak2 tu, ade la timbul ide untuk menyatukan balik mmebr pbsm aku yang agak lama tak berjumpa n berkumpul macam dulu2. mase aku ajk pbsm, everyday ade meting, n dikatakan hampir setiap ari kami lepak kat pool, kat belakang kolej teratai tu..mse tu masing2 duk kolej lagi.so senang nak gather. mmg riuh gile n ade j gosip yang kami nak share bersama. kami bercadang nak buat percutian, tujuan untuk mengumpulkan family abg la, n rakan2 pbsm yang lain. wat mase ni dah ade perancangan bersama ahli jawatan kuasa yang baru dilantik td..hehe..semoga program ni jadi, coz nak mendekatkan mane yang jauh..nak2 si shimi, yang tak dapat di contact sejak dah kerja..eh sesapae ade no contact shimi, bagi tau aku, sbb nak ajak dia sekali nt..hehe.. ok la, cukup sampai di sini saje..coretan aku..

Kenangan sehari sebelum, kiter berpose..

September 23rd, 2006 by schumi-iza

Kenangan sehari sebelum kiter berpose..Tajuk untuk blog aku pada kali ni.

pada 22 sept ari tu, aku ade bincang ngn mmbr aku pasal activity makan2 before nak pose ni. diorang pun set je la. tp yang dapat join pun, aku nori n maro j. n last minute azila pun nak join skali.mmebr lain bukan tak nak join tp ade komitment lain. so cdg ye nak gi jejalan sekitar SACC tu smbl makan2.

23 sept..

aku janji ngn diorang nak pegi kul 2.30 pm, nak pergi pagi, tak pat sbb mak aku kuar dgn adik2 aku.diorang tak ckp pun nak pergi, tau..tau j aku ditinggalkan kat umah sensorang lak tu, nasib baik siang..

so aku pun make a deal ngn bebudak ni, dlm kul 215 aku dah sampai kat delima. aku ingat dah siap le diorang ni, upa ye tak siap lagi..sambil2 tunggu diorang siap. aku pun main game spider solitaire (game Faveret ain, aku pun dah asyik main game tu bile ade mase lapang..ehehe). mase tu jumpa azila, dia dah nak balik kate ye. so bajet dia tak nak le follow kiteorang meronggeng, tup2 aku dgr sore dia semula kat bilik tu, tak jadi balik upa ye. nak ikut kami.

bermula la kisah sehari sebelum kita berpose ni. destinasi pertama kami pergi, tentula pegi cucuk duit. mane bes kuar takde duitkan. so masing2 ni pun pergi la beratur nak kuarkan duit.machine kat situ ade dua. aku n nori satu baris, manakala maro n zi, barisan lain. time nak kuar kan duit tu, tpt zi tak leh kuarkan duit. aku ye tpt ok je. bile tpt diorang tak leh kuar duit, dgn slumber j bebudak ni main masuk je belakang aku, sedangkan ade la beberapa orang yang dah beratur pun. nasib baik dak2 tu tak kisah, dia pun kasi la geng2 aku cucuk duit tu dulu. (trimas bebudak tu, korang mmg baik hati, sbb kasi senior amik duit dulu)

pas cucuk tu, pergi la isi minyak. kat sini pun dah kecoh. mane tak ye, time2 nak isi tu la, byk keta nak isi sekali. so aku pun cari le tpt yang kosong. mmg jumpa tp berlawan dgn tangki minyak aku plak. so aku pun pergi bayar. time nak isi minyak lak, tak smpi hos ye. so dgn muka slumber badak, aku pun pegi la betul kan parking aku, emm malu gak ar, nmpk sgt parking fail. dgn bantuan maro, aku pun mendekatkan belakang keta aku dkt dgn hos tu. nasib baik sampai, tp tu pun aku main tarik je supaya sampai.

our journey pun continue. dalam keta tu, nori cdg nak pergi seksyen 13. tp tetiba tuka plan, nak pergi SACC, sbb azila nak belanja makan pizza. so kami set je la, orang nak belanja katekan..trimas azila sebab belanja..ko mmg baik (mengampu ni, hehehe). so pergila restoran pizza kat SACC tu. ramai gak orang kat situ, kami pun cari port yang best2. so dapat tpt betul sebelah tpt soup n salad. senang kate ye nak amik makanan. tetiba datang la sorang dak ni, nama dia syapiq..dia le yang amik order untuk kiteorang. muka dak shapiq, cam mmber tkd aku. so ape lagi, kiteorang pun sambil order2 makan tu sambil2 kaco dak tu. bukan kaco ape pun, cuma kasi dia training camne nak amik order dgn betul. cam ragging la. kate senior.tp aku tau, bebudak ni ade niat lain, diorang nak ngurat dak shafiq ni kan..opss terbagitau..hehehe..jangan marah beb..sape mare lepak surau..nak tau, bebudak ni ye order, cam ramai je yang nak makan. habis penuh satu meja tu dgn makanan yang di order. nasib baik abis, kalau tak kena la bawa balik..hahaha.. jumlah makan tu semua RM 63.53, cantik ar no ni..so mase nak buat bayaran tu, abis semua duit satu sen yang ade kat kami,buat pi bayar. jenuh gak ar dak shafiq tu nak kira. bukan pe, tak baik membazir duit satu sen tu. mase tu maro pi bayar, bukan pe mane tau dapat no tipon, leh berkenalan. hahaha. aku zi n maro dah kat luar, nori je tinggal kat dalam lagi pergi basuh tangan. so mase dia nak kuar tu, boleh tak dia tak perasan pintu tu, nyaris2 gak nak berlanggar, iskh kalau langgar, konferm malu giler beb. semua orang tgk. hahahaha.. tak ingat gelak besar time tu. jgn mare kak nori, nt kena jual..

pas dah gelak giler2 tu, kami pun masuk le SACC , pastu terjumpa encik azli, bebudak ni kenal la, aku tak kenal. diorang ye borak ngn encik tu, macam tpt tu diorang yang punye. sporting gak encik tu n very the ramah tamah ye orang. so next destinasi, cari buah kurma. so mase duk pilih buah kurma tu, aku pun beli la air kelapa. siap suh brother kat situ, tolong belahkan lagi. satu kelapa kongsi 4 orang. so mase tu tetiba ade mamat ni, duk nyanyi lagu falling down versi ape pun aku tak tau la, yang pasti ye ayat falling down j yang dia duk nyanyi.hari ini ari peramah sedunia, geng2 aku ni jadi sorang yang sgt2 le peramah, abis semua orang kat SACC tu ditegurnya. bukan pe cuma nak menunjukkan kami ni orang malaysia yang sangat peramah. ye la orang tegur, kalau tak tegur balik kate sombong la kan.

pastu, timbul ide nak pergi bkoke kat PAS tu. so pergi la. sampai2 je, penuh tpt boling tu dgn orang2. almost setengah jam gak le, nak tunggu giliran masuk kat K-box tu. akhirnya dapat gak masuk, bajet nak koke 5 lagu, tp jadi 9 lagu. sbb tertuka lebih.hehehe..alasan je tu. so kami nk buat kelainan, orang lain nyanyi lagu jiwang2. tp kami nyanyi lagu raya..pose blum dah nyanyi lagu raya, bukan pe, saje nak amik feel bfore pose katakan. tak sangka la, ade orang tiru, diorang pun nyanyi lagu raya gak..ade lagu raya dari siti nurhaliza, tajuk lagu syahdu di pagi syawal, (tak tau betul ke tak, lupa lak) ..ade le jiran kbox kami nyanyi lagu tu. lagu ni kuat sedih la, bagi sesiapa yang duk perantauan tu mmg akan terasa syahdu ye sgt. habis j lagu tu, aleh2 dia boleh nangis. kalau si siti yang nyanyi tu, nak nangis tu boleh la, sebab sore siti kan best, tp ni pakwe dia yang nyanyi, boleh plak awek dia nangis. aku pun tak faham. tp ade la tu, teringat kat mak ayah kat kg k. so pas tu kami teruskan dgn beberapa buah lagu yang dapat mengingatkan kami pada zaman dulu2 tu. best la, sbb semua nyanyi.hbis semua pitching lari, melodi tak betul pun , kami slumber je nyanyi. bukan ye orang dgr pun. nk sumbang pun sumbang la. lst lagu kami nyanyi lagu, di akhir garisan..mmg penuh perasan le menyanyi. rase cam semua mende, masalah yang ade hilang. dapat skit release tension ye. so abis tu ade le kapel yang nak masuk, diorang minta tunjuk ajar camne nak guna mende tu. ala senang je nak guna..jwapan ringkas dan padat dari nori. time nak balik, tetiba ade budak ni tegur, "chaiyok!2 kak, balik minum asam jawa ye." tu la antara pujian yang diterima oleh kami pas nyanyi. walau tau maksud mendalam,(sumbang) tp buat tak tau je. hehehe..

so pas tu, kami pun nak balik, dalam perjalanan nak balik tu, pergi kat kedai yang jual air kelapa tu. ade mamat yang keje tu, kenal kiteorang, dia tegur, nape tak balik lagi. kami pun jawap le, sbb nak beli air kelapa kt sini la, tak balik lagi..(saje cover) padehal merayap tak ingat..ok la, diorang tu sportin n peramah.

cam biasa, balik aku antar nori n maro balik kolej, pastu antar zi balik umah. sepanjang mase pergi umah zi tu, lampu jalan mmg takde. cuak gak aku nak drive, sbb aku ni bukan npmk sgt malam2 ni, lagi2 bawa keta. nyaris2 gak nak langgar tembok. kalau tak berpose le kat spital..hehehe. so sampai umah bfore 8 pm. sperti yang aku janji pada mak aku, balik sebelum kul 8.

akhirnya tamat sudah citer aku ni, penat la gak mengarang. almost 1 jam gak le mereka ayat2 ni. so tu la citer aku sehari before pose. mmg best n dapat dijadikan kenangan yang tak dapat dilupakan. trimas kak nori, maro n zi. kalian mmg best. caya la!!

p/s : teringat la mase kursus pro ari tu. aku, edd,roger, wani, zuhra n amoi kiut, hang out together n bkoke kat kbox. rindu la kat korang semua. bile nak gather ye..